Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Saturday, November 24, 2012

Peritnya hidup ini ..... tapi aku redha.


Peritnya hidup ini ..... tapi aku redha..

Seminggu berada di wad hospital Selayang dengan rawatan darah tinggi dan fisioterapi. Suntikan semangat dari suami , anak-anak, baby kecik dan kawan-kawan menyebabkan aku cuba melupakan fikiran negatif yang ada dalam kepala seperti hari pertama aku di wad itu. Hari pertama aku ingat ..ni tak lama lagi nak matilah ni....macam bapak dulu... tapi saat baby kecik itu menghisap susu dan ku pandang wajah mulus baby yang pucat kebiruan kerana jantung berlubang itu, aku jadi kuat... Mana boleh mati..baby ni kecik lagi.....Aku kena lawan dan kuatkan hati dan semangat walaupun seluruh badan sebelah kanan terkulai tak bermaya. 





Hari-hari di wad aku diberikan rawatan darah tinggi dengan dos ubat yang banyak..... besarnya picagari. Aku menjalani CT Scan, MRI, cek darah dan tah apa2 lagi dan doktor memberitahu suami terdapat pembuluh darah yang 'pecah' dalam otak sebelah kiri ku dengan ukuran lebih kurang 2.5cm yang menyebabkan aku strok dan semua fungsi badan sebelah kanan 'malfunction'...rosaklah..darah tak sampai. Semasa hari kejadian rupanya tekanan darahku adalah 200/200 lebih dan kolesterol lebih kurang 9++.... haiya...tingginya.. ditambah lagi dengan 3 hari tak tidur, sibuk, penat, letih...alaaa..cikgu, ibu..biasalah penatkan.. inilah rezeki ..Aku redha ya Allah... semoga ada hikmahnya.

Semasa fisioterapi...aku rasa tergelak bila kaki dan tangan macam kangkung layu ...kakak sebelah pula dengan bangganya menunjukkan dia dah dapat angkat sikit kaki.... lu kena kuat maaa kakak tu kata dalam loghatnya....heeee ..yeee ni berhabis2anlah ni...tapi ya Allah...rupanya bukan mudah semua ini...hari itu langsung tak ada bahagian yang boleh digerakkan.. takpe takpe...kita cuba lagi..
jadi aku cuma berjaya bangun guna tangan dan badan kiri untuk duduk...bolehlah...





Masa yang paling tak seronok bila kita orang2 strok ni nak buang air...mane2lah yg kecik ke, yang besar ke...haiya...aku berdoa janganlah rasa nak buang yg besar kat wad ni...ish2 boleh ku bayangan...
Hari kelima tekanan darah semakin turun ke normal kerana ada ubat. Nampaknya lepas ni bergantung ngan ubat darah tinggi le.....seumur hidup... tak pe takpe...yang penting baby tu ada umi...heeee 

Satu pagi di wad aku rasa ringannya badan , nak pg tandaslah...aku duduk dan BEDEBUK! aku dah atas lantai.....alamak aku lupa aku strok ...tak sakitpun..badan kebas lumpuh mana ada rasa apa-apa. Heee malu jugak...Yes2 aku berjaya masuk tandas dengan bantuan Afifah..fuhh...lega...dan petang itu aku boleh balik dengan wheelchair ....100% memang aku tidak dapat gerakkan keseluruhan badan kanan..dari mata, bibir herot, air liur anytime meleleh, tangan , kaki terkulai.......... rumah...here I  come...kenalah balik lusa nak raya.......HARIRAYA AIDIL FITRI ..................  

kita sambung nanti yee







Cikgu Ross

2 comments:

Ayu said...

Acik mmg wanita tabah..:)

Ayu said...

Wanita tabah!:)

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/