Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Monday, November 26, 2012

'Flash Back ' Aidil Fitri 2006 ... Seminggu selepas Strok

'Flash Back '  Aidil Fitri 2006 ... Seminggu selepas Strok

(Sahabat pembaca semua, kisah ini ku kongsikan bukan apa-apa, cuma nak berkongsi berkaitan bagaimana Ujian Allah itu menguatkan kita)

Hari Raya Aidil Fitri...............

23 Oktober 2006 ....sehari sebelum Aidil Fitri , sedang aku terbaring sambil mencari dan mengingat serta mengimbas kembali segala yang telah berlaku dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas aku strok....terfikir bagaimanalah anak-anak masa aku terlantar kat wad. Anak-anak semuanya baru belajar berdikari anak sulung Afiqah 15 tahun, anak kedua Afifah  13 tahun, Aqilah 12 tahun (masa aku di Wad Aqilah tengah menghadapi UPSR), Adib 11 tahun, Asyirah 2 tahun 6 bulan dan (baby) Athirah 3 bulan . Ketika berfikir-fikir itulah anak-anak dan anak sedara Saidatul Nazwa 19 tahun yang baru sampai dari UUM bertanya....'Umi, esok raya, kita nak masak apa? Alamak...iyalah...esok raya...nak masak apa ek? Aku lupa...raya masak apa? Abang..... aku memanggil abang dengan sebutan yang entah orang faham ke tidak. Lalu abang kata, 'umi ada beli nasi impit hari tu, masaklah ' , Afiqah bertanya " nak makan dengan apa ayah?, Macamana nak masak rendang'...semua terdiam.. Aku cuba nak ingat macamana nak masak rendang ye? Apesal aku tak ingat? Orang strok macam ini ke? Patutlah bila aku tak dapat tido, abang suruh zikir, baca ayat Kursi dan Fatihah aku langsung tak boleh baca.......semua tu dah terdelete dlm kepala...........alamak.... Sudahnya suami aku berkata...tak apelah kita makan biskut yang umi beli tu k....



Suara takbir malam itu berkumandang dari Televisyen...yang aku boleh ingat sekarang ialah aku seperti tak ada perasaan..blur je.. terbaring, tak telefon mak kat Sabahpun...kalau call pun orang tua tu boleh faham ke apa yang aku kata..anak-anakpun payah nak faham..tapi satu je yang aku cuba jaga iaitu aku tidak boleh SEDIH dan MENANGIS..........TIDAK BOLEH. Sebab setiap kali aku rasa sedih atau menangis, herot mulut akan bertambah, .....anak-anakpun seakan faham ..kami semua gembira je...anak-anak itulah yang membantu ayah mereka mengurus umi yang 'layu' sebelah ni,

24 Oktober 2006..........HARI RAYA AIDIL FITRI......

Aku tak berapa nak ingat apa yang terjadi pagi tu..macamana anak-anak bersiap, bila ayah merka dan Adib pergi solat sunat, apa yang kami hidang... tak ingat dah...... cuma aku ingat adik suami yang anak-anak panggil Mak ngah datang membawa juadah hari raya.......... Alhamdulillah...........merasalah anak-anak rendang, ketupat dan lontong.....dan jiran serta kawan-kawan datang menziarahi kami ... adalah biskut yang aku tempah untuk dihidangkan...  Syukur ya Allah.......... Subhanallah.... lepas raya ni aku akan ke rumah kak Mas di Segambut untuk berurut.......

Di rumah kak Mas aku diurut seluruh badan dan aku sangat gembira kerana dapat menggerakkan sedikit 2 jari tangan, semasa berdiri sambil dipegang suami dapat menggerakkan sedikit kaki namun masih tidak boleh berjalan ......... sabo je la....

Hari ke 3 ke rumah Kak Mas , aku hampir menangis apabila Kak Mas berkata dia tidak mampu mengurutku lagi kerana dia di'ganggu' 2 malam berturut-turut.. Aku kuatkan hati dan redha...Insyallah akan ada lagi tempat berurut lain...

Petang itu, cikgu tempat aku mengajar tuisyen datang beraya dan menawarkan aku ke rumah mereka setiap pagi untuk baring atas katil 'Cerragem' mereka, secara percuma. Alhamdulillah .... dan aku ke rumah mereka setiap pagi ...sakit tau....sakit... tapi aku nak sembuh... kena pergi juga..OK2..sabar, tahan yeeee..


Pada masa yang sama , ustazah sekolah aku datang rumah dan memberi no telepon  Ustaz Badrulzaman (kini dah arwah , semoga rohnya dicucuri rahmat Allah) yang boleh membuat rawatan refleksologi dan akupuntur.


Jadi aku ke rumah cikgu Azmi setiap pagi dan menerima rawatan refleksologi serta akupuntur 3 kali seminggu...hari pertama refleksologi dan akupuntur aku menangis sekuat-kuat hatiku kerana sakit yang amat sangat..... Ya Rabbi...Subhanallah..memang sakit.. tapi lepas rawatan tu...eh..eh...aku boleh duduk sendiri... Alhamdulillah.....Syukur...


Hari-Hari seterusnya aku mula duduk sendiri, merangkak ke tandas, cuba berjalan dengan memegang dinding, kerusi, sofa hehehe ...betul-betul macam anak-anakku semasa mereka mula belajar berjalan, paling best bila boleh merangkak atau 'berjalan' sendiri ke tandas... cuma orang-orang kat rumah boring bila nak keluar tandas aku akan menjerit kerana tak boleh bangun sendiri...paling tragis bila aku uzur dan 'tembus' ...kerana malu kat suami dan anak-anak, aku mengensot bersama cadar dan selimut yang berdarah itu ke tandas . selepas selesai mencuci darah dengan sebelah tangan barulah aku panggil suami dan hari itu suami 'lecture' aku kerana buat semua tu sendiri, abang kata dia boleh buat semua tu., dalam hatiku berkata 'abang, dah berpuluh tahun aku cuci darah sendiri, malunye orang lain tengok darah kite..' Kesian abang, dahlah aku macam ni, abang kena masak, mandikan aku, jaga anak-anak, tengok baby, pergi kerja..alamak......lepas tu aku jaga sangat supaya tak 'tembus' lagi... Seminggu selepas itu suami terpaksa ke USM Pulau Pinang untuk PJJ selama lebih 3 minggu... dan berpesan apa-apa call pak su atau mak ngah.


OK................ nanti kite sambung yeeee


Sesungguhnya segala cabaran itu ujian Allah...
Dia menguji kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya.

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/