Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Sunday, November 18, 2012

Teach, Teacher ,Teaching............. Dunia realiti ..Alam Pendidikan....

 Dunia realiti .. Alam Pendidikan..


 Setelah 2 tahun 6 bulan bergelar guru pelatihNovember 1990 aku ditempatkan di SMK Agama Ranau!...... aku dah jadi CIKGU!!! ALHAMDULILAH.......
1 Disember 1990 aku melaporkan diri dan menjadi guru yang ke 11 di sekolah baru itu.






 


SMK Agama Ranau atau ringkasnya SEMEKAR merupakan sekolah pertama ku setelah bergelar GURU TERLATIH... berumur 22 tahun di sini aku menjadi dewasa, Sekolah inilah mengajar aku sebenar2nya realiti kehidupan seorang guru. Sebagai guru Pengajian Sekolah Menengah - opsyen Pengajian Melayu - Geografi, aku diamanahkan mengajar Bahasa Malaysia dan Geografi. Pelajar-pelajar yang 'briliant' ini mengajar aku akan erti sabar, kuat, tabah, peka dan prihatin. Ku hadapi dan ku harungi pahit manis cabaran pendidikan itu dan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan.  Kita bukan sahaja mencurahkan ilmu tetapi pada masa yang sama menjadi ibu, kakak, sahabat dan kawan kepada para pelajar ini. Sedih, duka, riang , gembira berbaur membina satu cerita yang amat manis untuk dikenang.

Seribu satu kenangan yang amat aku rindui sampai bila-bila............

Antara pelajar-pelajar puteriku

Rakan Guru yang dirindui

Pelajar -pelajar ku


Rakan Guru





Pemain Bola Tampar SEMEKAR





Further Studies
University Malaysia Sabah  - UMS ...here I Come...



 Setelah 6 tahun di SEMEKAR aku melanjutkan pelajaran ke University Malaysia Sabah  - UMS. Menambahkan ilmu, di UMS aku mengambil Jurusan Pendidikan dengan Sains Sosial - Major Geografi dan Minor Sejarah... Fuh..cabarannya lebih hebat lantaran aku belajar dan pada masa yg sama ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 4 orang anak yang berumur 7 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 3 tahun. 
http://www.malaysianur.com/universitimalaysiasabah/

Namun Walau sebesar mana pun dugaan dan rintangannya aku kuatkan hati, kuatkan semangat untuk meneruskan pelajaran. Ke kuliah, menyiapkan 'assignment', bersama kumpulan melaksanakan kerja dan penyelidikan dan pada masa yang sama berusaha balik ke rumah setiap hujung minggu untuk bersama keluarga... 

Akhirnya Oktober 2000 aku menerima Ijazah  Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains Sosial. Aku ditempatkan semula di SEMEKAR pada Mei 2000.



Akhirnya.......... Disember 2000 aku dan keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada SEMEKAR lantaran berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikut suami.
  
Gambar terakhir di SEMEKAR

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/