Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Friday, November 30, 2012

SMK Sinar Bintang .......... November 2012

Beberapa gambar sekitar SMKSB ...November 2012.....

Sekitar Taman dan Bangunan SMKSB










Beberapa perubahan...perhatikan dan teka apa yang baru?








































Sepanjang jalan kenangan............ SMKSB....


Cikgu Ross...........

Thursday, November 29, 2012

Aku bangun dan ku teruskan langkah...Aku tidak menoleh lagi

Kerana anak-anak ku kuatkan semangat. Ya Allah engkau telah memberiku semangat untuk bangun dan bertahan...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum..........rakan pembaca blog yang dirindui.... 2 hari tidak menulis lantaran kesibukan menyiapkan jadual waktu sekolah...key in kat komputer je.. ada masa mcm nak tension..tapi..jangan-jangan tension nanti stress pulak..kena kuatkan hati...apa-apa boleh je call ckgu jadual adik-adik ku yang setia...mereka dah settlekan manual, maka si kakak inilah yang perlu key in..heeee...ok tu...kerjasamakan.. insyallah minggu ni settle key in , generate dan minggu depan stanby untuk apa-apa perubahan...

Kita sambung cerita lalu k. 

Suami terpaksa juga ke USM kerana PJJ selama 2-3 minggu. Suspen juga bila abang tak ada, Sedih lagilah....... lama juga tu.....

 

 

 

 

Sehari dua tu adik suami datang dan menghantar ku ke rumah cikgu Azmi untuk baring kat katil tu...sakit sangat setiap kali bebola panas itu berputar dari tengkuk , bahu, tulang belakang hingga ke tulang punggung...........sakit yang amat..Allah saja yang tahu. Tapi aku mahu sembuh..anak-anak di rumah tu perlukan umi yang sihat dan bukan yg terkulai layu macam ni...aku perlu kuat, aku perlu hidup dan aku perlu bertahan...selagi boleh aku mesti menghadapi apa saja untuk sihat...aku nak berjalan, masak, mandikan baby, susukan baby sendiri.., aku nak membelai anak-anakku dengan tangan kanan ini...tolonglah ya Allah.. aku redha atas segalanya..sembuhkanlah aku... terima kasih kerana aku masih di sini walaupun sedikit kelemahan..

 
 
 
 
 







Aku rasa serba salah sangat nak menyusahkan adik-adik ipar, pak su dan mak ngah sentiasa menelepon bertanyakan khabar dan keperluan...sehinggakan rasa nak menitis airmata setiap kali mereka datang membawaku ke rumah mereka untuk rawatan refleksologi dan akupuntur kerana ustaz tak nak datang ke rumah jika suami tak ada... subhanallah baiknya ustaz ni. 
Minggu ke 2 , ustaz sibuk sedikit , begitu juga pak su.. aku pula memang rasa malu sangat nak meminta pertolongan lagi daripada adik-adik tu.. yelah..rasa kita ni menyusahkan saja..tapi aku tahu adik-adik tu tak pernah mengira..mudah2an mereka dimurahkan rezeki.....
Suatu petang, anak-anak memberitahu aku beras habis, OK...aku kata takpe esok kita minta paksu beli k , maghrib dah ni... kita makan roti atau apa2  yang adalah... 
Afiqah pula datang, Umi...susu adik Syirah dah habis, pampers babypun habis.. Aku terdiam..macamana ye... nak panggil pak su dah malam hampir jam 9pm.. Asyirah (2 tahun 6 bulan) mula meragam dah nak susu... pampers tu tak pe, guna je lampin... ish2 ...anak2 pula semua tak berani ke kedai kerana malam dan kawasan taman kami memang kawasan hitam, polis lalu lalang..maknanya anak2 jgnlah keluar malam, Jiran-jiran ada .... tapi aku malulah pulak..........
Lalu ku panggil anak2, Afifah, Aqilah dan Adib... Cuba angkat umi ke kerusi..ok mereka bertiga berhabis2an mengangkat umi yang gemuk ini ke kerusi...aku rasa lucu pulak tengok anak-anak ni mengangkat ku ke kerusi... aku dah duduk....ok , Aku minta dipakaikan tudung, lepas tu ku minta mereka memapahku ke kereta Kenari kami ...ok dah boleh masuk..nak pakai selipar pun tak pandai..ish2 cabaran sungguhlah...tak pe2 aku berkaki ayam je lah...heeee .
Dah duduk, aku panggil Adib ...minta Adib letak kaki kanan umi ni kat pedal minyak...dan aku cuba gerakkan kaki untuk menekan minyak...haaa..boleh2 sikit2. kaki kiri boleh tekan brake...heeeee..., gerakkan stering guna tangan kiri....dapat... OK, aku panggil Afifah (anak kedua) dan Adib .. "kita pergi Giant K"... anak2 terkejut..."Umi kami takut"... Aku kata..."tak pe boleh....umi drive perlahan2 ,Effa duduk depan k, apa-apa hal tarik handbrake... adib kat belakang"...Akupun start enjin kereta dan mengundurkan kereta..perlahan-lahan sambil berdoa .... janganlah sakit..janganlah sakit.... dan aku memandu ke Giant dekat rumah dengan kelajuan 20km/j sehinggakan kereta-kereta lain membunyikan hon kerana terlalu perlahan..aku pekakan telinga... ish2 aku nak pegi beli makanan anak-anak ni....
Sampai kat Giant, ku ajar anak-anak 2 orang tu. Beli beras, pampers dan susu, "ni duit nanti cashier tu akan pulangkan begini yee"...anak2 dua orang tu mengangguk..dan mereka masuk ke Giant..selepas lebih kurang 25 minit mereka keluar bersama semua barang tadi. Adib yang biasanya akan meminta macam-macam , baik pulak malam tu..heeee dan kami balik.. sampai je kat rumah aku duduk dan menangis kerana tak sangka kami berjaya membeli dan aku BOLEH MEMANDU!!! ALHAMDULILLAH...walaupun aku masih merangkak2 dan bertatih2 serta berjalan macam semut....aku dah boleh memandu...juga mcm semut..
Syukuir Ya Allah...................
Alhamdulillah..............
 Dengan bangganya aku menelepon suami sambil menangis kegembiraan dan seperti biasa abang memang MARAH... hehehe... aku faham kenapa..
Esok pagi aku perlahan-lahan berdiri dan bergerak perlahan keluar rumah sambil berkaki ayam , masuk ke kereta dan memandu ke rumah cikgu Azmi untuk baring atas katil tu...bersama Adiblah tu... syukur sekolah cuti...adalah anak-anak di rumah...
Lebih kurang 2 minggu aku memandu ke rumah cikgu Azmi, refleksologi dan akupuntur 3 kali seminggu... Aku boleh memandu dengan lebih baik... Syukurrr.......... aku mesti kuat... aku mesti bertahan......insyallah ..Allah akan menyembuhkan aku............... amin............
 
Dah hampir 2 minggu suami di Pulau Pinang..... aku rasa macam nak tension pulak duduk kat rumah........ teringat sekolah..... teringat bagaimana mesranya kawan-kawan guru semasa aku hadir bertatih semasa malam jamuan akhir tahun itu...ye lah..pengerusi Kelab Guru..dan akupun curious sangat nak melihat bagaimana meriahnya jamuan yang pertama kali dibuat di dewan sekolah....... 
 Memikirkan hal sekolah merupakan satu lagi perkara yang menguatkan semangatku... selama 6 tahun berpindah dari Sabah, sekolahlah rumah kedua ku, bilik seni tempatku menyibukkan diri bila rindukan kampung halaman. ...ahhh rindu pulak nak ke sekolah..... "PK 1 mesti sibuk kat sekolah.. jadual mesti tak buat lagi... " Rindunya nak jumpa PK 1...antara teman berbicara yang cukup mengerti .....memahami dan membuka minda serta memberi bimbingan sebagai pentadbir, kawan guru, kakak dan kaunselor....... tidak pernah memberi keputusan tetapi membimbing ku bagaimana membuat keputusan. .......Oh ok ok ok....kita sambung cerita...
Esoknya aku kuatkan hati dan semangat...memandu lebih kurang 12km dari rumah ke sekolah.... sampai je kat sekolah...rasa macam nak melompat gembira...sampai jugak aku ye...Alhamdulilah........... dan PK1 terkejut sangat ...dan aku menutup marahnya dengan berkata " Kak, daripada saya tension kat rumah dan sakit...baiklah saya ke sekolah dimana saya boleh  melapangkan fikiran."
 Mulai  saat itu, aku tidak menoleh lagi, aku tidak peduli apa yang orang lain kata..aku teruskan langkah, kuatkan hati, lupakan yang negatif, menerima kelemahanku seadanya, redha akan ketentuan Allah.... Aku berjaya menyiapkan Jadual waktu sekolah untuk sesi 2007...........Ya Allah...syukur... keranaMu lah aku kuat, terima kasih bang, kerana ada disisiku dan menguatkanku , terima kasih anak-anak..kerana kalian aku semakin kuat, lantaran tangisan anak-anak, aku mahu hidup..... dan kawan-kawan.......kerana ada kalian aku tidak pernah merasa sepi dan bertambah yakin...aku akan mampu berlari lagi.....

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/