Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Wednesday, October 31, 2012

Program Bahasa - Aktiviti Selepas PMR



Sahabat pembaca blog,
Hari ini dunia ku diwarnai dengan pelbagai tingkah dan kerenah anak-anak didik tingkatan 3 yang begitu bersemangat mempersembahkan hasil perbincangan yang sangat singkat iaitu, selama lebih kurang 30 minit ke 1 jam sahaja.

 Hari ini , pelajar-pelajar tingkatan 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cemerlang, 3 Dinamik dan 3 Efisien sahaja yangg hadir ke sekolah untuk pembahagian buku teks tingkatan 4. Pada masa yang sama untuk mengisi ruang antara masa pemulangan buku teks pelajar tingkatan 4 (2012) dan pembahagian buku teks tingkatan 4 (2013) maka panitia BM dan BI diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bahasa agar pelajar ini mendapat ilmu sekaligus melicinkan perjalanan aktiviti selepas PMR.



Kesian tengok pelajar .... sibuklah sangat....

Pn. Thilagam, Pn. Azaniza dan Cik Zalina - bertanggungjawab melaksanakan program Bahasa hari ini... dan aku pulak tiba-tiba terselit sebagai salah seorang yang membantu guru-guru ini kerana aku tak perlu masuk bengkel Sejarah tingkatan 5 Karisma lantaran pelajar 5K yang hadir cuma 9 orang sahaja, jadi pn. Chelvi menggabungkan kelas-kelas yang sedikit pelajar ini ke dalam satu kelas sahaja iaitu kelas 5 Harmoni.


Kita pendekkan cerita, maka berlangsunglah program bahasa tersebut... pelajar di berikan sajak/pantun/syair dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan dan mempersembahkan bahan yang mereka dapat dalam apa sahaja cara, deklamasi, pantun, nyanyian atau lukisan.


             Inilah dia hasil perbincangan mereka....















Syukur.... kerana semua 11 kumpulan berjaya mempersembahkan hasil perbincangan mereka....
Setelah kalut yang amat kerana perlu bersedia untuk persembahan dan menguruskan pembahagian buku teks mereka berjaya melaksanakan kedua-dua misi ini.... 



Kita tengok esok apa pula yang akan berlaku bagi kelas 3 Fikrah, 3 Gemilang 3 Harmoni, 3 Intelek dan 3 Jujur  ... Ok Jumpa esok...

Cikgu Ross....


Tuesday, October 30, 2012

Guru....

SEMUA boleh mengajar, tetapi tidak semua guru mampu mendidik.

Oleh: Alimuddin Mohd Dom


SEMUA boleh mengajar, tetapi tidak semua guru mampu mendidik. Mengajar dan mendidik dua perkara yang begitu sinonim, tetapi setiap perkataan mempunyai pengertian serta terjemahan tersendiri. Menyandang jawatan guru, tugas mereka bukan saja mengajar, malah yang lebih penting dalam melengkapkan proses pengajaran ialah menyelitkan unsur nasihat. Elemen ini dapat mendidik insan menjadi individu cemerlang akademik dan memiliki sahsiah terpuji.
Proses pendidikan semakin mencabar. Ledakan maklumat pelbagai medium berikutan kecanggihan teknologi maklumat dan telekomunikasi menjadikan tugas guru semakin mencabar, malah rencam. Tidak timbul minat atau paksaan, tugas mendidik tanggungjawab perlu dijayakan bagi memastikan anak bangsa mendapat bimbingan wajar.




Berkongsi pengalaman ketika mengajar di Lumut, saya berhadapan masalah seorang pelajar terpaksa berpindah ke sekolah luar dari Perak disebabkan masalah keluarga. Ketika itu, wujud konflik kerana pelajar itu dalam keadaan terpaksa sedangkan pada tahun sama dia perlu menduduki peperiksaan.
Begitu juga ketika berhadapan masalah pelajar miskin terpaksa datang ke sekolah dalam keadaan serba kekurangan. Sebagai guru, mereka dapat kenal pasti setiap pelajar di kelasnya menerusi sistem maklumat murid. Bagi mengatasi masalah itu, mungkin ada guru sedia menghulurkan bantuan menggunakan wang saku.

Penulis menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi guru. 
 
Ketika bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang Kiri di Tapah Road, laporan kedatangan mendapati seorang pelajar tidak ke sekolah tiga hari berturut-turut. Risau memikirkan keadaan, sebelah petang, saya ke rumah pelajar itu untuk mengetahui mengapa dia gagal ke sekolah.
Sampai di rumah itu didapati keadaan hidupnya terlalu daif. Dia terpaksa membantu ibunya menoreh getah bagi menampung hidup adik beradik ramai yang masih kecil. Pelajar berkenaan perlu menggalas tugas sebagai ketua keluarga selepas bapanya meninggal dunia.
Peristiwa 1975 itu sungguh mengharukan ketika negara berhadapan kemelesetan ekonomi. Ironinya di sini, tidak semua pelajar yang tidak datang ke sekolah disebabkan malas atau tiada motivasi memajukan diri, sebaliknya banyak sebab menyumbang kepada keadaan itu. Guru perlu peka perkara itu dan mencari jalan mengatasinya. Masalah boleh diatasi dengan pelbagai cara sama ada mengadakan perbincangan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau mencadangkan pelajar untuk mendapatkan biasiswa.

Mengulas isu imbuhan guru tidak setanding tugas dan beban yang terpaksa digalas. Perkara ini memang tidak dinafikan, terutama bagi mereka yang bertugas di pedalaman yang serba kekurangan. Perkara sama juga dibangkitkan guru di bandar besar kerana kos sara hidup yang tinggi sedangkan pendapatannya sama dengan rakan yang mengajar di pekan kecil.

Apabila bercerita imbuhan, ia suatu yang begitu subjektif dan bergantung kepada persepsi individu. Ada guru menerima gaji sama dengan rakan lain, tetapi dia sedia bertugas pagi dan petang bagi menjayakan proses pengajaran dan aktiviti kokurikulum sebagai inisiatifnya untuk melihat pelajar mendapat pendidikan seimbang.

Guru sebegini sedia menghulurkan bantuan kerana pada mereka kerja adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas. Pendidik kelompok ini akan menjadikan tugasan sebagai aktiviti menyeronokkan dan menjadikan hidup mereka gembira setiap kali berada di samping pelajar.
Kita tidak boleh menyamakan pengorbanan guru dengan wang ringgit kerana segala yang disumbangkan itu adalah terlalu berharga dan tidak ternilai. Tugas mulia seorang guru sering dijadikan pedoman masyarakat yang sering mengaitkan anak guru lazimnya seorang yang cerdik, pintar dan pandai.

Jika diteliti secara mendalam, andaian itu memang betul. Jika guru ikhlas lakukan tugas dengan penuh tanggungjawab pastinya anak mereka mendapat berkat. Keberkatan itu dilihat dengan pencapaian cemerlang anak mereka dalam akademik, selain pembangunan sahsiah membanggakan.

Eh2 budak2 ni...... meniru eh.......


Walaupun kerajaan mengemaskinikan pendapatan guru dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka mendapat imbuhan setanding penjawat awam lain, pada masa sama, banyak perkara perlu diambil kira terutama kekangan dana apabila berhadapan dalam situasi ekonomi tidak mengizinkan.
Sama ada di bandar, luar bandar malah di pedalaman, tugasan dilaksanakan penuh ikhlas pastinya mendapat kepuasan. Kepuasan melakukan sesuatu itu tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit, penghargaan, pingat, anugerah atau pujian daripada mana-mana pihak, sebaliknya itu adalah hadiah paling berharga daripada guru untuk dirinya sendiri.




Penulis ialah Ketua Pengarah Pelajaran
Berita Harian Online: 18 Mei 2010

Monday, October 29, 2012

From the heart of a teacher......

Dear Friend...
I found  this poem from a very interesting blog of a teacher.  
Nancy France

My Photo
I'm a teacher, and a good one. I taught in public schools for almost 20 years until I had surgery. If you want particulars, google Laminotomy and recessed spinal stenosis, bilateral lumbar radiculopathy and get ready to wince. I had surgery in December of 2004 and haven't been back in a regular classroom since. I miss the classroom, I now know that I'll never feel up to that particular challenge again. I'm enjoying my part-time tutoring jobs, so I'm not suffering from complete withdrawl of my teaching addiction. I like gardening, taking pictures and sharing them. Leave a message if you stop by, I'd love to know if you've been here!
Carried  in Hot Air Balloons

Oh, dear friends,
Come travel with me
And see the wider world,
We will fly and tread upon sunlit clouds
On air currents paved with sunbeams,
Carried in hot air balloons.
We will exclaim over the tree tops,
And complain of the traffic
When caught in flights of migrating birds
Traveling to more clement climes,
Carried in hot air balloons.
Eating peaches, mangoes and plums,
We’ll plant unlikely orchards,
Spitting the seeds over the sides
Like unexpected compliments
Carried in hot air balloons.
We’ll float in glowing silence, spun by humming webs
Filled with songs sung in joy,
Thrumming lines played by passing time
Filling empty spaces we’d never felt before,
Carried in hot air balloons.
We will sleep on moon-washed murmurs
Covered with hearts light as warm wishes
Flowering in swaths of loving beauty
Flowing over soft-aired dreams,
Carried in hot air balloons.
Oh, dear friends,
Come travel with me
And see the wider world,
We will fly and tread upon sunlit clouds
On air currents paved with sunbeams,
Carried in hot air balloons. 

Nancy France,
   June 9, 2012




"Love is never lost. 
If not reciprocated,
it will flow back and soften and 
purify the heart."
Washington Irving

Pokok – Meet Uncle Hussain




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam





 Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh






  




Tanya sama pokok apa sebab goyang

                                                             Jawab angin yang goncang

 
Terbang burung terbang       
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Kepingan-kepingan Hati

Hari ini ingin aku bawa semua membaca entri penulis manis ini.... seorang anak manis yang cerdik serta tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran...

Suasana baru.

Assalamualaikum.
Sekarang kat rumah tak macam dulu. Ayah dah tidur luar pastu handset ayah dah ikat dengan getah sebab nak lekatkan ubat ayah. Ayah cakap kalau jadi apa-apa kat ayah call je henset ayah pastu letak ubat tuh kat bawah lidah ayah. Huu~ makanan ayah pun dah tak macam dulu. Aku masih kena adapt dengan suasana dulu. Ayah dah tak sentuh makanan bergoreng. Makanan febret ayah semua ayah tolak tepi. Ayah dah serik kot.
Aku pun dah siap gosok tudung ngan baju in case jadi apa-apa lagi kat ayah. Kat rumah pun aku pakai baju yang flexible. Bila-bila masa nak keluar tinggal sarung tudung je.
Jiran-jiran tak tahu pun waktu ayah kena tahan wad. Sebab dah tengahmalam kan nak buat apa pegi kejut jiran-jiran. Ibu cuma call jiran sebelah yang ada kereta je. Mintak tolong hantar pegi hospital yang nak dekat 45 minit jugak dari rumah. Ayah taknak beli kereta sebab fikirkan aku dengan adik-adik. Duit masih nak pakai untuk belajar. Ayah setia je dengan motor NSR dengan Honda Wave dia tu.
Itu je kot aku nak cerita dalam entri kali ni sebab aku taknak blog ni bersawang nanti orang ingat blog ni dah jadi blog using terbiar pulak kan.
Oh, dan lagi, semalam ibu masak daging landak pulak. Untuk Ismi dan kak Dinas yang tanya pasal rasa daging bangau tuh, rasa dia manis-manis je. Hehe. Goreng je sebab bangau kurus tak banyak isi. Sekian.

(Nak baca byk lagi entry yg menarik dalam blog ini sila klik: http://noorvictory.blogspot.com/
 

 Apa yang aku rasa?....... akupun mencoret ini.........
Sayu je bile baca entri nona ni.... dapat umi bayangkan dan rasakan kalau uni di tempat nona...........
Papa yang selamba dan handsome itu tengah sakit...... patutlah mesej2 bermakna tiada lagi beberapa bulan ni... Salam untuk mama... wanita kuat itu perlu lebih tabah lagi..
sekuat dan setabah Kinabalu...sekuat karang di pantai...

Sunday, October 28, 2012

Bila Hujan...















Hujan turun....... tik tik tik...



Membasahi bumi...

Hujan yang turun.... bagaikan mutiara 
- Allayarham Sudirman berlagu..


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Bila hujan....

bestnyer ...tarik selimut.... heeeee


TAPI...bila hujan..........................................
Paling best....pandang ke luar jendela.... duduk dan.....

Sambil...


dan makan...

YES!!!!!!!!!!!!!!!!

   PLUS....

mmmmm...nostalgia


Bila hujan.... apa lagi ...


menyanyi....
dan....





tumbuhlah.............



Bila hujan dah berlalu.................


Subhanallah......

Sedar tak... bila kita menghadapi dugaan dalam hidup.... terasa hidup ini perit yang amat... dan Sedar tak.... bila ianya berakhir ... terasa seperti berada di atas pelangi ...............

 






HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/