Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Saturday, June 23, 2012

Alhamdulillah....

“ Shidah, lamanya kita tidak berjumpa. Kerja apa sekarang? “ Tanya Azura kepada Shidah, teman sekuliahnya yang terputus hubungan 7 tahun yang lalu.

“ Saya surirumah sepenuh masa. Suami tidak mengizinkan untuk saya bekerja lagi. “

Azura berubah wajah. Dipandangnya Shidah dari atas ke bawah.

“ Patutlah ‘dressing’ biasa-biasa sahaja.” Bisik hati Azura.

“ Malunya aku dengan Azura. Dia nampak high class,” kata hati Shidah pula.

Shidah begitu tertekan dengan sikap teman-teman dan keluarga yang selalu memandang rendah terhadap dirinya. Ibunya juga sering mendesaknya bekerja kerana kata ibu, minda tidak berkembang jika hanya terperap di rumah.

Zul, suami kepada Shidah pula berkeras agar Shidah tidak bekerja agar menumpukan perhatian terhadap urusan rumahtangga. Anak-anak yang semakin membesar sangat memerlukan perhatian seorang ibu, begitu kata suaminya.

Shidah akur dalam terpaksa. Dia memaksa juga untuk tersenyum meskipun hatinya menangis. Sudah lima tahun dia hidup berkerjaya. Kini dia wajib menuruti kata suami yang tidak mengizinkannya bekerja lagi.

“ Aku belajar tinggi-tinggi tapi di rumah juga tempat aku,” Shidah menangis lagi.

----------------------------------------------------------------

Sikap rendah diri kerana malu menjadi surirumah tidak seharusnya berlaku kepada seorang wanita. Dia seharusnya merasa bangga dan mengambil tugasan itu dengan penuh rasa tanggungjawab.

Di dalam satu kajian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat, sebanyak 45% ibu atau bapa akan mengambil keputusan untuk berhenti atau cuti tanpa gaji selepas mereka berkeluarga dan mempunyai anak. Ini adalah untuk memberikan tumpuan yang khusus kepada kebajikan keluarga. Ada yang juga kembali bekerja setelah anak-anak mula bersekolah.

Jika Allah telah nyatakan kedudukan sebenar seorang wanita itu, mesti ada hikmah dan sebabnya. Sebagai seorang ibu, mereka mempunyai kuasa yang begitu hebat sehingga mereka boleh melahirkan dan mendidik seorang insan yang hebat juga. Tanpa didikan serta asuhan yang baik, maka goyahlah sesebuah institusi kekeluargaan itu.

Hentikan Pandangan Negatif

Soal masyarakat yang selalu memandang rendah terhadap golongan surirumah seharusnya tidak berlaku jika mereka menghayati, beriman serta beramal dengan ayat yang disebutkan awal tadi. Surirumah yang bijak sangat memainkan peranan yang penting di dalam sebuah keluarga.

Surirumah masa kini adalah golongan yang terpelajar dan boleh membincangkan pelbagai isu dan topik. Seorang surirumah bukan sahaja tahu membasuh dan memasak, tetapi seorang surirumah tahu menggunakan internet, aktif menguruskan anak-anak, membantu pengurusan wang keluarga, menjadi penasihat terhadap kesihatan suami dan anak-anak dan sebagainya. Subhanallah, hebatnya!

Seorang surirumah yang bijak dapat menguruskan keluarga dengan baik sekali gus dapat mendidik serta mengasuh anak-anak agar tidak mudah terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Anak-anak akan lebih terjaga dan sentiasa diawasi oleh seorang ibu yang berada di sekelilingnya bila-bila masa dan di mana sahaja.

Masih Boleh Bekerja

Kini terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Ini dapat memberikan perspektif yang berbeza kerana dahulu seorang surirumah hanya melakukan kerja-kerja rutin di rumah. Tidak pada era moden ini. Surirumah moden ada yang menjadi penulis, blogger, menjalankan perniagaan di internet dan sebagainya.

Surirumah itu sendiri perlu bijaksana untuk mengisi waktu yang ada sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarganya. Walau bagaimanapun, seorang surirumah yang ingin bekerja dari rumah, masih terikat dengan batas-batas syari’at agar apa yang dilakukan tidak mengabaikan tanggungjawab aulanya iaitu menguruskan keluarga. Seorang surirumah yang ingin melakukan pekerjaan dari rumah wajib meminta izin daripada suami. Selain daripada itu, dia mesti menjaga batas-batas syari’at seperti berpakaian yang syari’e jika perlu melakukan urusan di luar rumah dan tetap mengutamakan keluarga walaupun sudah menjalankan pekerjaan sampingan di rumah.

Peranan Suami

Walaupun isteri tidak bekerja dan menguruskan semua urusan rumahtangga, ini tidak bermakna suami boleh lepas tangan. Segala tanggungjawab rumahtangga masih menjadi amanah yang hakiki dan wajib diuruskan dengan bijak oleh suami.

Jika seorang suami tidak mengizinkan isterinya bekerja, maka segala perbelajaan tertanggung oleh suami seorang. Jadi, sebagai seorang suami, adalah menjadi tanggungjawabnya pula untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarganya memandangkan hanya dia seorang yang bekerja. Dia perlu lebih rajin dan mungkin juga melakukan kerja sampingan. Ini semua adalah atas dasar tanggungjawab seorang suami.

Di samping itu juga, suami perlu prihatin terhadap tuntutan emosi isteri yang menguruskan rumahtangga selama 24 jam sehari. Mungkin sekali sekala isteri memerlukan cuti atau sedikit ruang ‘kebebasan’ daripada melakukan kerja-kerja rumah.

Ini Tugas Kelas Pertama!

Duhai, isteri yang bergelar surirumah! Berbanggalah kerana anda telah sanggup berkorban kerjaya anda demi suami dan anak-anak. Tiada istilah rendah diri mahupun malu dengan status itu kerana ianya kelas pertama di sisi Allah – jika anda benar-benar ikhlas melakukannya.

Mesej ini juga moga sampai ke pembacaan masyarakat
dan segera menghentikan perspektif negatif ini. Marilah
kita sama-sama berganding bahu, memikirkan
bagaimana untuk membangunkan ummah serta menjana
generasi yang menjadi kebanggaan Rasulullah SAW
kelak.
Photo: “ Shidah, lamanya kita tidak berjumpa. Kerja apa sekarang? “ Tanya Azura kepada Shidah, teman sekuliahnya yang terputus hubungan 7 tahun yang lalu. 

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/