Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Monday, October 13, 2014

Majlis Restu SMKSB 2014

Majlis Restu SMKSB 2014



















Teks Pengacara : 


MC


QUE

ANNOUNCEMENT
ROSNAH

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS





















BACAAN DOA



Yang Berusaha Pengetua Smk Sinar Bintang Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh.
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum  Pn Masliah Binit Talib,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  Pn Pauline Koh Choi Lan,
Penolong Kanan Kokurikulum En. Sulaiman Viraighuti
Penolong Kanan PPKI  En. Mohd.Yusof Aminurrahman ,
barisan ketua bidang,  para guru,  seterusnya  pelajar2  yg  disayangi…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.





Indah suasana di langit petang,
Mega membelah angkasa raya;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pemula bicara.





Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , majlis menjemput En. Ahmad Badri untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Ahmad Badri atas bacaan doa itu tadi.






Hadirin sekelian, Majlis Restu  ini dianjurkan setiap tahun adalah untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada para pelajar untuk memohon restu daripada para guru yang telah memberikan ilmu kepada mereka selama ini , agar minggu hadapan pada masa pelajar menghadapi pepepriksaan PT3, mereka akan dapat menghadapinya dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan peperiksaan sebaik mungkin bagi menempatkan pelajar di kelas yang terbaik untuk pelajar. 

Jasa guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. SMKSB mempunyai Guru-guru  yang benar-benar dedikasi dan bertanggungjawab dan  sentiasa berusaha memperturunkan ilmu kepada murid-muridnya tanpa kenal erti penat lelah contohnya  Pn Lee – kelas tambahan, guru2 matematik dan sains, guru2  BM , BI dan  KH.




Terbang melayang burung jentayu,
Jatuh tertimpa pohon selasih;
Tampillah sayang kami menyeru,
Bersama ucapan pengikat kasih


UCAPAN WAKIL PELAJAR

Hadirin hadirat sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan daripada  wakil pelajar. Untuk itu, majlis mempersilakan                                                                         tampil ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
                 
                   ******** ucapan wakil pelajar******

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada                                                         di atas ucapan sebentar tadi.








UCAPAN PENGETUA

Sebelum majlis merentas masa, dengan penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang,
untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Restu Tingkatan 3  SMK Sinar Bintang 2014 Dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan Tuan Pengetua sebentar tadi.



Seterusnya pelajar bersalaman dengan para guru untuk memohon restu daripada guru-guru.





No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/