SMK Kundasanglah yang telah memperkenalkan aku akan dunia pendidikan. Bermula sebagai guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Sivik aku merangkak , terjatuh, terluka, gembira, senyum, ketawa dan menangis dek kerenah para pelajar dan rakan guru. Berumur 18 tahun , terlalu byk kekuranganku... Namun, dengan rakan guru yang ku panggil kakak, aku belajar satu demi satu tentang dunia ini. Perit dan pedih rasanya tatkala berdepan cabaran dan badai pendidikan.
Kita sambung ye...
Tahun 1988 bulan Julai 11hb ... aku memulakan hidup sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Keningau, SaBah.
Di MPKS, aku didedahkan dengan ilmu Geografi, Pengajian Melayu dan pelbagai kaedah pengajaran, kegiatan kokurikulum (Gerko) serta mata pelajaran Elektif - Pendidikan Seni, muzik dan Pedidikan Jasmani dan kesihatan. Menjadi Pengerusi Asrama Wanita ...
Maktab Perguruan mengajar aku tentang dunia perguruan. Sebagai guru perlu melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan mengutamakan pelajar serta sekolah. Sebagai guru apabila keluar ke dunia realiti harus memberikan komitmen sesungguhnya. Terlalu banyak lagi pengalaman yang boleh kita kongsikan........ kita akan bersama degan banyak lagi cerita ......... Jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment