Teach, Teacher, Teaching.......
Aku mau hidup dan melihat kalian hidup sejahtera anak-anakku...
Sahabat dan kawan-kawan pembaca blog semua,
Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang bagaimana kuatnya apa yang kita kenal sebagai SEMANGAT itu . Beserta semangat dan Tawakal kepada Allah , ianya akan menjadikan kita kuat dan mampu 'bangun' walaupun telah tersungkur.
Tahun 2006 merupakan tahun ke2 aku berada di SMK Sinar Bintang...... Oktober 17 2006 merupakan minggu kedua akhir sebelum umat Islam menyambut hari Lebaran Aidil Fitri..Hari ke 20 umat Islam berpuasa. Masuk hari ini dah 3 hari baby Athirah Riena yang lahir pada 10 Julai 2006 itu demam, selesema dan sukar bernafas....minggu sebelum tu doktor mengesahkan sikecilku itu menghidap jantung berlubang........ sedih tengok dia apabila tercungap-cungap bernafas...muka dan bibir menjadi biru... aduh... dan aku dan suami juga dah 3 hari tak berapa cukup tido... baby asyik nangis dan hanya tido pada jam 4 am. Baru nak melelapkan mata aku kena bangun pula ... kejap lagi sahur, jadi kena masaklah..
Seawal jam 6.30 am kami anak beranak dah keluar rumah ke sekolah, 2 orang ke sekolah rendah dan suami menghantar aku ke sekolah. Suami mengajar sesi petang dan aku sesi pagi..syukur..at least taklah kalut sangat nak hantar baby ke nursery.. buat sementara baby masih kat rumah kerana ada anak sedara yang menjaga.
Hari ini, seperti biasa hujung-hujung tahun kerja-kerja panitia agak banyak dan sebagai pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan SMKSB (Kelab Gurulah tu....) juga agak sibuk dengan perancangan jamuan akhir tahun yang buat pertama kalinya akan diadakan di dewan sekolah...fuhhh..mudah-mudahan berjalan lancar. Selepas mesyuarat di Pusat Sumber berakhir kira-kira jam 3 pm aku segera turun ke bilik guru kerana nak bersiap balik. Baby nak kena tengok, siap-siapkan makanan untuk berbuka dan kembali memandu ke sekolah untuk mengambil suami.. maklumlah kereta sebuah je..ok2 sambung cerita... semasa bergegas turun ke bilik guru aku terkejut bila aku terlanggar daun pintu bilik guru....besarnye pintu, apesal boleh terlanggar... aku terus masuk dan bergerak antara meja-meja guru, oopps! sekali lagi aku terlanggar sesuatu, meja cikgu...ish dah 2 kali . Sambil mengemas meja aku tiba-tiba rasa pening sikit..teringat yang aku tak makan ubat darah tinggi hari ini kerana kalut pagi tadi. Tapi takkan aku nak buka puasa pulak...tinggal 10 hari je lagi. Aku nak puasa sebulan tahun ni...
Alamak...peninglah...semakin lama semakin kuat, pening yang tak dapat aku terangkan bagaimana... bila mengadu kat suami yg ada di meja sebelah dia mengarahkan aku rehat dulu sebelum balik. Aku duduk dan memegang kepalaku...Eh, pening betul lah........pening, pening, pening...air mata mengalir dan tiba-tiba tangan kanan ku terkulai, lepas tu kaki kanan pula dan aku tak ingat dah apa yang berlaku yang aku dengar PK 1 dan pengetua ada didepanku sambil berkata...hey! budak ni kena STROKElah...........lupa, ingat, lupa ingat... aku tak dpt bercakap, tak mampu berfikir... kawan-kawan dan suami mengusungku ke kereta (entah siapa punya keta) dan yang aku ingat aku dah terlantar atas katil wad kecemasan dengan pakaian pesakit...baju pink yg besar itu dan kain merah...
Dihantar ke wad...dan aku tak sedar lagi...bangun je , kepala masih sakit rupanya...ada drip air di tangan dan juga drip ubat....perlahan-lahan aku cuba mengingat kembali apa yangb berlaku tapi tak mampu... kawan-kawan ramai yang datang menziarahi ku.... terharu sungguh dengan kehadiran mereka Kawan-kawan guru dari SMK Sinar Bintang, dari SMK Bandar Baru Sentul...aku tak dapat berkomunikasi dengan baik lantaran seluruh anggota badan sebelah kanan LUMPUH. Bercakappun sukar difahami..... DAN...aku terfikir "dulu bapak sakit macam ni juga dan bapa meninggal lepas tu..." alamak....akupun akan mati kah? Di Wad aku ditemani anak kedua Nurul Afifah....... mengurus bila uminya nak minum, makan, dan semua2lah....heeee suami dan anak-anak datang setiap petang kecuali si kecil baby Athirah. Jadi 2 hari tu aku terpaksa mengepam susu untuk baby di rumah. Kawan-kawan gurupun tidak putus-putus datang . Subhanallah...... syukur korang semua ada.... tak sempat nak bersedih, kawan-kawan dan anak serta suami sentiasa ada di sisi.
Hari ketiga suami dan anak-anak datang....Ehhhhh...si baby kecilpun ada..suami kata terpaksa bawa baby sebab dah dua hari asyik nangis je...nak susu UMI... dengan dipegang oleh kakak-kakanya baby kecik menyusu susu umi........... sampailah tertidur.... dan aku terfikir semula ...."Aku tak boleh mati ni... siapa yang nak susukan baby kalau aku mati? Apabila bersendiri bersama Afifah aku cuba menggerakkan bahagian badan yang lumpuh , ish...tak ada yang boleh digerakkan....sampai ke jari tangan, aku cuba gerakkan satu demi satu...aduhai susahnyeeee...akhirnya jari manis bergerak sikiiittt....haaaa...aku lega dan aku berkata dalam hati kalau 1 jari boleh gerak...mesti yang lain boleh... YA ALLAH dengan kuasa Mu...insyallah aku tak akan mati...anak-anak perlukan ummi mereka...
Esoknya..............................................................................BERSAMBUNG......
Cikgu Ross
- Cikgu Ross
- 'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.
CdiQ™
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOW MUCH DO U CARE?
Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
No comments:
Post a Comment