Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Sunday, November 4, 2012

Teach, Teacher, Teaching...... REntetan kisah ke alam perguruan...





Guru Sandaran.... Temporary Teacher

Sebagai guru... dunia perguruanku bermula dari sebuah desa/perkampungan di pergunungan. Sebuah sekolah menengah baru yang berada di dada Gunung Kinabalu. Ku katakan sebagai dada kinabalu lantaran jaraknya dari puncak Kinabalu cuma tinggal lebih kurang 2000 kaki sahaja. Sekolah itu berada hampir 2000 kaki dari aras laut.


                   SMK Kundasang Ranau, Sabah merupakan sekolah dimana aku ditempatkan sebagai guru sandaran pada tahun 1987. Ketika aku berumur 18 tahun, baru selesai STPM . Sekolah ini merupakan sekolah yang sangat cantik terletak di belakang 'Kundasang War Memorial' yang bersejarah itu. Merupakan sebuah kubu pada masa perang dunia ke 2 . Kundasang War Memorial adalah salah satu tempat bersejarah di Sabah. Ia didirikan pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, memorial ini juga khusus untuk memperingati rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang (http://kulanzsalleh.com). Di sini,  selain menjadi tugu peringatan juga terdapat taman bunga mawar Inggeris.




                   SMK Kundasang, seperti yang ku katakan tadi, cantik, nyaman, sejuk sepanjang masa,  sinaran matahari pula cuma memanaskan kulit kita sedikit dan sekadar memerahkan pipi anak2 gadis Kundasang yang cantik2 dan berkulit putih melepak itu.  Macam blusher tu.... bila angin bertiup ..wahhhh....sejuknyeee.. patutlah orang-orang Kundasang ni putih2 belaka. Gunung Kinabalu yang gah itu pula dapat ku tatap setiap lekukan dan garisan hasil luluhawa di permukaannya setiap pagi apabila alu membuka tirai seawal jam 6.00 pagi.... Selamat pagi Kinabalu....haiiii... macamlah sigunung itu memahamina...heee. Tapi, tak lama dapat menatap si Kinabalu yang gagah perkasa ini kerana awan putih sesuci kelopak Melati itu akan melabuhkan dirinya dan akan menutup pandangan kita selepas jam 11.00 pagi atau lebih awal dari itu...


SMK Kundasanglah yang telah memperkenalkan aku akan dunia pendidikan. Bermula sebagai guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Sivik aku merangkak , terjatuh, terluka, gembira, senyum, ketawa dan menangis dek kerenah para pelajar dan rakan guru. Berumur 18 tahun , terlalu byk kekuranganku... Namun, dengan rakan guru yang ku panggil kakak, aku belajar satu demi satu tentang dunia ini. Perit dan pedih rasanya tatkala berdepan cabaran dan badai pendidikan.

##############################################...akan bersambung ye....##############


Cikgu Ross

                  
  

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/