DRAF : Manual juruacara.
MAJLIS MAJLIS GRADUASI 2012
SMK SINAR BINTANG
OLEH:
ZALINA JUSOH
ROSNAH SAMLEE
DRAF TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS GRADUASI 2012
SMK SINAR BINTANG
Assalamualaikum
w.b.t.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kadatangan
tuan-tuan, puan-puan dan hadirin
sekelian ke majlis GraduASI dan
mohon restu Tahun 2011 Sek. Men.
Keb. Sinar Bintang.. Untuk
makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat
duduk masing-masing.
Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak
mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan nada ’silent mode’ bagi
melancarkan majlis kita pada pagi ini.
Mohon kerjasama para
hadirin agar berdiri semasa perarakan akademik berlangsung nanti kerana
selepas sahaja Tetamu kehormat, barisan pentadbiran dan ahli akademik
mengambil tempat di pentas, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah
– Maju dan Sejahtera. Harap Maklum
|
Hadirin
dan Hadirat sekalian,
Mengumumkan
Perarakan masuk Yang Berusaha
bersama barisan Pentadbir dan para ahli akademik yang didahului oleh PEMBAWA MOHOR RASMI GRADUASI SMK SINAR BINTANG En.
Wan Azmi ….. serta pembawa bunga – bunga Pahar.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN.
Hadirin dipersilakan
duduk, terima kasih.
Hadirin dan hadirat Sekelian,
Untuk makluman semua, Majlis Graduasi tahun ini
pertama kalinya memperkenalkan Cokmar Graduasi SMK Sinar Bintang . Cokmar Graduasi ini adalah sebuah cokmar yang melambangkan warga SMKSB sebagai mana yang digelar oleh
Tn. Hj. Che Yahya, sebagai ‘Star School’ yang memburu pengetahuan secara sistematik dan
tekun untuk kebaikan sejagat. Ianya merupakan simbol sebuah sekolah berbilang
kaum yang bersatu padu dan disegani. Bentuk cokmar ini melambangkan sebuah
institusi pendidikan yang dapat membentuk pelajar berdisiplin dan dihormati
kerana penguasaan ilmunya.
|
Sidang
Hadirin sekalian,
Jajaran mengkudu di selang bidara
Di celah angsana meredup di hutan Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yang Berusaha
Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin
Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang,
En. Simon Koh,Yang Dipertua Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Sinar Bintang ,
Pn Hajah Hanipah Binti Endut, Penolong
Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Pn Pauline Koh Choi Lan, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Chelli Thamil Selvam, Penolong
Kanan Petang,
En Abd. Rahim Mohamad, Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Guru-guru
Kanan, para ahli akademik ,AJK PIBG, para tetamu jemputan dan para graduan
yang diraikan .
Assalamualaikum
w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
|
Terlebih
dahulu pihak majlis ,merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kehadiran Yang
Berusaha
kerana
sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis yang bersejarah
ini. Terima kasih kami ucapkan.
Alhamdulillah
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di pagi
ini untuk bersama-sama menyerikan Majlis
Graduasi dan Mohon restu Bagi Sesi 2012 yang bakal berlangsung
sebentar lagi.
Tujuan
majlis ini diadakan adalah untuk
meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan persekolahan
sehingga ke ting. 5. Majlis ini juga diharapkan menjadi pembakar semangat
kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar lebih bersedia
dan berazam untuk melakukan yang terbaik serta mewujudkan daya saing antara
mereka bagi meningkatkan prestasi akademik sekaligusmencapai keputusan yang
cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012
|
Hadirin
yang dihormati sekalian
Lebah bersarang di rumpun buluh
Jatuh tertimpa si pohon nipah
Tangan menyusun jemari sepuluh
Majlis berlangsung penuh barakah
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,moleklah
kiranya kita menadah tangan memohon limpah dan rahmatNya. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya,
menjemput En. Wan Azmi untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
|
Amin amin Ya Rabbal’alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada En. Wan Azmi atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
**********
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Terbang
melayang burung jentayu,
Jatuh
tertimpa pohon selasih;
Tampillah
sayang kami menyeru,
Bersama
ucapan pengikat kasih
UCAPAN WAKIL PELAJAR
Hadirin
hadirat sekalian,
Majlis
pada pagi ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar. Untuk itu, majlis
mempersilakan tampil ke
pentas untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
******** ucapan wakil
pelajar******
Pihak
majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada di
atas ucapan sebentar tadi.
Sebelum majlis merentas masa, dengan
penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya
Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang,
untuk
menyampaikan ucapan sempena dengan Majlis
Graduasi dan Mohon Restu SMK Sinar Bintang Tahun 2012. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
|
Sidang
hadirin yang dihormati ,
Bunga melur di
hujung dahan
Penghias seri di
waktu malam
Sudilah tuan beri
ucapan,
Lafaz isytihar
pembuka kalam
Untuk itu majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha,
untuk menyampaikan
ucapan seterusnya mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi Sekolah Bagi Sesi 2012. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
|
Kalau
roboh Kota Melaka
Bawa
diri ke Tanjong Jati
Majlis
bermula tirai dibuka,
Acara
Penganugerahan Sijil Graduasi
Hadirin
yang dihormati sekalian.
Kini tibalah kita ke
upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan sesi 2012.
|
Majlis
dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi bagi graduan sidang 1, diminta
para graduan bersedia.
Untuk
mengumumkan nama-nama para graduan dipersilakan Guru Kelas Tingkatan 5 Arif ,
5 Bestari, 5 Cemerlang dan 5 Dinamik.
Majlis
dimulakan dengan mempersilakan wakil Guru Kelas 5 Arif – untuk mengumumkan
nama graduan, dipersilakan
·
5 ARIF
·
5 BESTARI
·
5 CEMERLANG
·
5 DINAMIK
Majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, En Simon Koh, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sinar
Bintang tampil kepentas untuk menyempurnakan penganugerahan sijil. Dipersilakan
Terima
kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Simon Koh, Yang
DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sinar Bintang diatas penganugerahan sijil
graduasi itu tadi.
|
Majlis
diteruskan penganugerahan sijil graduasi bagi graduan sidang 2. Diminta para
graduan bersedia.
Majlis
dimulakan dengan mempersilakan Guru Kelas 5 Efisien – untuk mengumumkan nama
graduan, dipersilakan
·
5 EFISIEN
·
5 FIKRAH
·
5 GEMILANG
·
5 HARMONI
Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che
Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang,
untuk menyempurnakan penganugerahan sijil
graduasi untuk sidang 2. Dipersilakan
|
Terima kasih diucapkan
kepada Yang
Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang, diatas
penganugerahan sijil graduasi itu tadi.
*****
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Seloka bukan sebarang seloka
Seloka pantun kiasan diri
Majlis kini berehat seketika
Saksikan wadah istimewa ini
Kita saksikan pula persembahan yang kedua pada hari
ini. Persembahan yang bakal menyusul tiba merupakan tarian daripada pelajar2
istimewa sekolah ini iaitu pelajar2 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
****** tarian ppki *******
Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih
kepada kumpulan tari ppki di atas
persembahan yang menarik sebnetar tadi.
|
Majlis
diteruskan penganugerahan sijil graduasi bagi graduan sidang 3. Diminta para graduan bersedia.
Majlis
dimulakan dengan mempersilakan Guru Kelas 5 Intelek – untuk mengumumkan nama
graduan, dipersilakan
·
5 INTELEK
·
5 JUJUR
·
5 KARISMA
·
5 LESTARI
Majlis
hari ini diteruskan dengan penganugerahan sijil graduasi bagi graduan sidang
3. Dengan
ini majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha
untuk menyempurnakan
penganugerahan sijil. Dipersilakan.
|
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha
diatas
penganugerahan sijil graduasi itu tadi.
*********
|
Sidang
hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis
graduasi sesi 2011, hampir melabuhkan tirainya. Majlis dengan ini menjemput Yang
Berusaha untuk mengisytiharkan Penangguhan Majlis
Graduasi, SMK Sinar
Bintang bagi Tahun 2012 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.
******* ucapan VVIP untuk
pengistiharaan penangguhan *********
|
Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha diatas pengisytiharan PenangguhanMajlis Graduasi Sek.
Men Keb Sinar Bintang Tahun 2012 itu tadi.
|
Hadirin hadirat serta para pelajar yang dikasihi,
Sesungguhnya selain
daripada ibu bapa, para guru merupakan org yang penting dalam menentukan
pembentukan pelajar sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri. Maka
wajarlah bagi semua pelajar memohon restu dan doa daripada semua guru sebelum
mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Untuk itu, semua guru
dijemput naik ke pentas untuk bersama-sama menyempurnakan acara kemuncak
kita pada hari ini .. iaitu sesi bersalam-salaman serta mohon restu
pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2012 daripada semua guru SMK Sinar Bintang
yang selama ini tidak pernah jemu mendidik dan membimbing mereka .
Pihak majlis mempersilakan.
------guru naik pentas------
Majlis memohon restu dan bersalam salam ini akan
dimulai dgn pelajar-pelajar dari ting 5L. dipersilakan. Seterusnya, 5K,
5J, 5I, 5H, 5G, 5F, 5E, 5D, 5C,5B dan akhir sekali dipersilakan para pelajar
dari ting 5A.
* ingatkan pelajar perlu minta maaf, ucap terima
kasih dan mohon restu drpd para guru
Alhamdulilah,
selesai sudah sesi memohon restu para pelajar daripada semua guru SMK Sinar
Bintang. Diharapkan segala salah dan silap dimaafkan dan dilupakan, agar
anak-anak didik SMK Sinar Bintang ini akan lebih yakin dan berani menghadapi
peperiksaan SPM pada minggu depan.
|
Para
Hadirin sekalian,
Sekarang
marilah kita bersama-sama menyayikan
lagu sekolah menandakan berakhirnya
majlis Graduasi yang berprestij ini.
****** nyayian lagu
sekolah*****
|
Dengan berakhirnya
nyanyian lagu sekolah itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Graduasi Tahun 2012 Sek. Men. Keb. Sinar Bintang.
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha
atas
kesudian hadir dan menyerikan majlis
pada hari ini.
Majlis
juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan
pentadbir, para ahli akademik , ahli Jawatankuasa kerja, para tetamu
jemputan, para graduan yang diraikan dan para hadirin sekalian di atas segala sumbangan dan kerjasama yang
diberikan secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis
bersejarah yang penuh gemilang ini.
BUAH PEDADA
SI BUAH PALA,
TUMBUH DI
TAMAN BUNGA MELATI,
KALAU ADA
SILAP DAN SALAH
USAH DISIMPAN DI DALAM HATI,
CINDAI
DIPINTAL BERSAMA PANDAN
INDAH SETAWAR ,SUSUNLAH SEROJA
ANDAI DISIMPAN MERANA BADAN
TAK ADA
PENAWAR ROSAKLAH JIWA
KALAU MENABUR
BENIH MELATI,
TABURLAH BERSAMA KUNTUMAN KEMBOJA,
KALAU
TERTEGUR , TERASA DIHATI,
ANGGAPLAH SEMUA GURAUAN SAJA
TERSERLAH
GEMERLAP TERSIRAT RAHSIA,
LAMA BERCINTA
MENYULAM HARAPAN,
SALAH DAN
SILAP ADAT MANUSIA,
BERSAMA KITA
BERMAAF-MAAFAN.
SUSUN KENANGA
BERSAMA TELIPUK,
SUSUN
DIDULANG BERALAS PELIKAT,
MUAFAKAT
WARGA , PERSEFAHAMAN DIPUPUK
KEJAYAAN
DIJULANG MEMBAWA BERKAT
DELIMA, SELASIH INDAH TERSINGKAP
HANTARAN
BENGKALIS SERI CAHAYA
TERIMA KASIH
TIDAK TERUNGKAP
LANTARAN MAJLIS LANCAR BERJAYA
PEMUDA JAWA,
TERUNA SARIBAS,
TERATAK
WARGA BERTANGGA SELIGI,
KEPADA SEMUA
TAHNIAH DAN SYABAS,
SEMOGA KITA
BERSUA LAGI.
Sayang kasturi di tepi kali
Subur bersama pohon kemangi
Terima kasih menghadirkan diri
Di lain masa bersua lagi
Sekian,
wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum w.b.t.
|
Mengumumkan Yang Berbahagia
barisan
pentadbir dan para tetamu jemputan meninggalkan majlis/dewan.
|
Bulan purnama di balik meranti
Kembang seroja ditepian titi
Si manis berdandan rapi berseri
Si teruna segak
tidak terperi.
Hadirin dan
hadirat sekalian,
Majlis yang
elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat tatapan di masa akan
datang. Untuk itu, semua para jemputan,, guru-guru, para pelajar, ibubapa dan
semua yang hadir pada hari ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi
bergambar. Dipersilakan.
|
Pada masa yang sama,
Majlis menjemput para
akademik dan para graduan untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin sekolah. Dipersilakan. Semua guru sesi pagi dan petang dan juga
semua pelajar tingakatan 5 juga turut dijemput menjamu selera di kantin. Dipersilakan.
|
1 comment:
Semoga entry ini membantu dan memberikan panduan kepada para pengacara majlis graduasi dalam mencari idea mengacara majlis ini.
Post a Comment