Sahabat pembaca blog,
Hari ini dunia ku diwarnai dengan pelbagai tingkah dan kerenah anak-anak didik tingkatan 3 yang begitu bersemangat mempersembahkan hasil perbincangan yang sangat singkat iaitu, selama lebih kurang 30 minit ke 1 jam sahaja.
Hari ini , pelajar-pelajar tingkatan 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cemerlang, 3 Dinamik dan 3 Efisien sahaja yangg hadir ke sekolah untuk pembahagian buku teks tingkatan 4. Pada masa yang sama untuk mengisi ruang antara masa pemulangan buku teks pelajar tingkatan 4 (2012) dan pembahagian buku teks tingkatan 4 (2013) maka panitia BM dan BI diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bahasa agar pelajar ini mendapat ilmu sekaligus melicinkan perjalanan aktiviti selepas PMR.
Kesian tengok pelajar .... sibuklah sangat....
Pn. Thilagam, Pn. Azaniza dan Cik Zalina - bertanggungjawab melaksanakan program Bahasa hari ini... dan aku pulak tiba-tiba terselit sebagai salah seorang yang membantu guru-guru ini kerana aku tak perlu masuk bengkel Sejarah tingkatan 5 Karisma lantaran pelajar 5K yang hadir cuma 9 orang sahaja, jadi pn. Chelvi menggabungkan kelas-kelas yang sedikit pelajar ini ke dalam satu kelas sahaja iaitu kelas 5 Harmoni.
Kita pendekkan cerita, maka berlangsunglah program bahasa tersebut... pelajar di berikan sajak/pantun/syair dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan dan mempersembahkan bahan yang mereka dapat dalam apa sahaja cara, deklamasi, pantun, nyanyian atau lukisan.
Inilah dia hasil perbincangan mereka....
Syukur.... kerana semua 11 kumpulan berjaya mempersembahkan hasil perbincangan mereka....
Setelah kalut yang amat kerana perlu bersedia untuk persembahan dan menguruskan pembahagian buku teks mereka berjaya melaksanakan kedua-dua misi ini....
Kita tengok esok apa pula yang akan berlaku bagi kelas 3 Fikrah, 3 Gemilang 3 Harmoni, 3 Intelek dan 3 Jujur ... Ok Jumpa esok...
No comments:
Post a Comment