Jeruk Salak....emmmm sedapnyer.... Seminggu selepas itu aku ke hospital Selayang untuk rutin temujanji setiap 6 bulan ..sejak Oktober 2006..Doktor bertanya.." cikgu makan apa? Alamak... rupanya gula dalam darahku naik sampai 11.... nyesalnye makan jeruk yang sedap tu...
Jadi aku mendapat hadiah... pesakit Diabetis.... Pesakit strok/darah tinggi dan kini + diabetis pula...
ishhh....
Kencing Manis
Penyakit kencing manis
telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh
tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit
kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah
digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar
perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada
dua semenjak abad ke lima lagi.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah
oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu
daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah
mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi
tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit
kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains,
Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan
kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan
anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah
lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya
diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai
fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.
Insulin
Insulin merupakan sejenis hormon yang
dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans
islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan
bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
-
Sering dahaga dan sering perlu minum air.
-
Sering ketandas.
-
Terasa badan lemah.
-
Berat badan turun dengan cepat
-
Penglihatan semakin kabur.
-
Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak
menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat
menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka
yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan
kencing manis sekali setiap tahun.
Golongan Berisiko Tinggi.
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
-
Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
-
Mereka yang berat badan agak tinggi
-
Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
-
Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis
mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya
permakanan dan minuman tidak dijaga.
Dipetik dari:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/605-kencing-manis.html
No comments:
Post a Comment