Hari Raya Aidil AdhaHari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha
adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah
Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah
s.w.t.
Selain
itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat
korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu
bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi
bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya
Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan
terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh
penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di
padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari
raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih
dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam
akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang
diadakan pada sebelah pagi.
Selain
itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat
korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu
bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin.
Selepas
bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan
biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di
kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya
kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya
Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak
menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.
Kebiasaannya, lembu atau kambing yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/255-hari-hari-kebesaran-islam/107-hari-raya-aidil-adha-.html
|
Cikgu Ross
- Cikgu Ross
- 'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.
CdiQ™
Friday, October 26, 2012
Hari Raya Aidil Adha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HOW MUCH DO U CARE?
Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
No comments:
Post a Comment