Suasana baru.
Sekarang kat rumah
tak macam dulu. Ayah dah tidur luar pastu handset ayah dah ikat dengan getah
sebab nak lekatkan ubat ayah. Ayah cakap kalau jadi apa-apa kat ayah call je
henset ayah pastu letak ubat tuh kat bawah lidah ayah. Huu~ makanan ayah pun
dah tak macam dulu. Aku masih kena adapt dengan suasana dulu. Ayah dah tak
sentuh makanan bergoreng. Makanan febret ayah semua ayah tolak tepi. Ayah dah
serik kot.
Aku pun dah siap
gosok tudung ngan baju in case jadi apa-apa lagi kat ayah. Kat rumah pun aku
pakai baju yang flexible. Bila-bila masa nak keluar tinggal sarung tudung je.
Jiran-jiran tak tahu
pun waktu ayah kena tahan wad. Sebab dah tengahmalam kan nak buat apa pegi
kejut jiran-jiran. Ibu cuma call jiran sebelah yang ada kereta je. Mintak tolong
hantar pegi hospital yang nak dekat 45 minit jugak dari rumah. Ayah taknak beli
kereta sebab fikirkan aku dengan adik-adik. Duit masih nak pakai untuk belajar.
Ayah setia je dengan motor NSR dengan Honda Wave dia tu.
Itu je kot aku nak
cerita dalam entri kali ni sebab aku taknak blog ni bersawang nanti orang ingat
blog ni dah jadi blog using terbiar pulak kan.
(Nak baca byk lagi entry yg menarik dalam blog ini sila klik: http://noorvictory.blogspot.com/
Apa yang aku rasa?....... akupun mencoret ini.........
Sayu je bile baca entri nona ni.... dapat umi bayangkan dan rasakan kalau uni di tempat nona...........
Papa yang selamba dan handsome itu tengah sakit...... patutlah mesej2 bermakna tiada lagi beberapa bulan ni... Salam untuk mama... wanita kuat itu perlu lebih tabah lagi..
sekuat dan setabah Kinabalu...sekuat karang di pantai...
No comments:
Post a Comment