Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Monday, October 15, 2012

Ayah......... dengarkanlah...

Lihatlah.....
masa berlalu, namun tiada seindah dulu..
hatiku selalu ingin bertemu..
untukmu, aku menyanyi..
untuk..
Ayah tercinta....
aku ingin menyanyi .....
walau air mata,,,di pipiku,,
Ayah,,
dengarkanlah...
aku ingin bertemu....
walau hanya dalam ....mimpi.....

Lagu ini sering ku nyanyikan sewaktu berumur 14 tahun selepas pemergian ayah..... 19 September 1982..
beberapa minggu sebelum peperiksaan SRP. Ayah pergi pada hari Isnin sewaktu aku menghadapi kertas BM percubaan SRP.
Tak banyak yang boleh diceritakan.....sehingga kini rasanya ayah masih ada kerana pada hari kematianya aku cuma sempat melihat kelibat wajah ayah ketika ayah dimasukan ke liang lahad............tak sempat ku ciumpun dahi ayah kerana segalanya dah selesai (dikapankan) sesampainya aku dari sekolah..... Sejak itu rindu pada ayah tak pernah terubat......
Semasa menjadi guru pula kakak kedua pergi ... jarang dapat berjumpa keluarga selepas berkahwin kerana sibuk dengan keluarga sendiri dan tugas .... sejak itu aku sering bermimpi bertemunya dek kerana rindu dan terkilan tak dapat memberitahunya ...aku sangat menyayanginya.....
Ketika menyambung pelajaran ke UMS pula kakak sulung pergi setelah sama-sama merancang akan bertemu dan masak2 makanan kegemaranya.....dan suaminya menyusul beberapa tahun kemudian (tahun sebelum itu aku bergurau dengan abang ipar,,, "bang, tahun depan kami balik lagi tau...abang jangan mati ye...")
November 2012..satu-satunya abang ku... pergi.........terasa dia masih ada dikg menanti ku setiap kali aku balik semasa cuti sekolah bersama suami dan anak2....
Sesungguhnya...kita tidak pernah tahu bila dan bagaimana kita dan siapa sahaja akan pergi menemui Illahi...
membuat aku sedar....ambillah masa dan kesempatan yang ada untuk bersama orang yang tersayang... kerana mereka atau kita akan pergi bila-bila.....

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/