Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Thursday, May 23, 2013

Projek naiktaraf Taman Warisan Geografi Sejarah SMKSB Star School.


1.0  LATAR BELAKANG
Projek  Taman Warisan Geografi Sejarah ini dianjurkan oleh Panitia Geografi SMK Sinar Bintang dengan kerjasama Persatuan Geografi dan Persatuan Sejarah. Program ini juga merupakan salah satu program yang dijalankan untuk secara amnya bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar terutama sekali pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tentang bentuk muka bumi  dari tanah tinggi ke kawasan yang lebih rendah sehinggalah ke pinggir pantai.Pengetahuan ini juga berguna kepada pelajar dari aspek factor petempatan awal dalam mata pelajaran Sejarah. Ini sekaligus menjadi alat bantu mengajar kepada guru untuk mengajar topik tema 1 kepada pelajar Geografi bagi menjawab soalan dalam peperiksaan khususnya peperiksaan PMR serta mata pelajaran Sejarah PMR dan SPM. 

Program ini juga menunjukkan keprihatinan pihak sekolah dalam usaha memberi sokongan terhadap apa jua program akademik dan program alam sekitar.Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

Projek fasa pertama 2012 telah siap sejak akhir tahun 2011 dan taman ini telah digunakan sebagai bahan pengajaran mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Walaubagaimanapun tahun 2013 ini panitia geografi dan Sejarah telah mengambil inisiatif untuk menaiktarafkan taman dengan memperbaiki kolan dan air terjun serta menambahkan beberapa bahan seperti papan tanda sebagai menambahkan maklumat dalam taman ini. 


Projek naiktaraf Taman Warisan Geografi Sejarah SMKSB Star School sedang berjalan sejak April 2013. Projek ini dijalankan oleh Cikgu mohd. Yusof yang merupakan mantan penyelia PPKI SMKSB yang kini bertugas di SMK Segambut, turut sama dalam projek ini adalah Cikgu Subki Ihsan dan Cikgu Mohd. Syahmi guru SMKSB. 


OBJEKTIFAntara objektif perlaksanaan projek ini ialah :


1. Menjadi Alat Bantu Mengajar tajuk Bentuk muka bumi dan faktor 
         petempatan awal.

2. Membantu murid mengetahui tentang bentuk muka bumi  dari tanah tinggi ke kawasan yang lebih rendah sehinggalah ke pinggir pantai melalui pengalaman sebenar

3. Membantu murid mengetahui tentang factor petempatan awal (sejarah) melalui pengalaman  sebenar

4. Merealisasikan konsep Persekitaran Sekolah bermaklumat serta sekaligus menanam  kesedaran Alam sekitar.

5. Menjadikan suasana pembelajaran yang pelbagai.

6. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.
 4. KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang mempelajari mata pelajaran Geografi dan Sejarah, Ahli Persatuan Geografi dan Persatuan Sejarah,  guru-guru SMKSB , Kakitangan bukan mengajar serta masyarakat sekitar.



Rentetan perjalanan projek...
















































Semoga projek ini menambahkan sumber maklumat / info untuk pelajar di samping menyokong matlamat sekolah sebagai wadah alam sekitar.


Cikgu Ross

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/