Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Sunday, April 21, 2013

TAMAN WARISAN SMKSB STAR SCHOOL

Projek menaiktaraf Taman Warisan 

Geografi/Sejarah SMKSB STAR School


Projek  Taman Warisan Geografi Sejarah ini telah dianjurkan oleh Panitia Geografi SMK Sinar Bintang dengan kerjasama Persatuan Geografi dan Persatuan Sejarah. Program ini juga merupakan salah satu program yang telah dijalankan untuk secara amnya bertujuan untuk mendedahkan pelajar terutama sekali pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tentang bentuk muka bumi  dari tanah tinggi ke kawasan yang lebih rendah sehinggalah ke pinggir pantai. Pengetahuan ini juga berguna kepada pelajar dari aspek faktor petempatan awal dalam mata pelajaran Sejarah. Ini sekaligus menjadi alat bantu mengajar kepada guru untuk mengajar topik tema 1 kepada pelajar Geografi bagi menjawab soalan dalam peperiksaan khususnya peperiksaan PMR serta mata pelajaran Sejarah PMR dan SPM. Program ini juga menunjukkan keprihatinan pihak sekolah dalam usaha memberi sokongan terhadap apa jua program akademik dan program alam sekitar.Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Menjadi Alat Bantu Mengajar tajuk Bentuk muka bumi dan faktor petempatan awal (Geografi)
2. Membantu murid mengetahui tentang bentuk muka bumi  dari tanah tinggi ke kawasan yang
    lebih rendah sehinggalah ke pinggir pantai melalui pengalaman sebenar
3. Membantu murid mengetahui tentang factor petempatan awal (sejarah) melalui pengalaman
    sebenar
4. Merealisasikan konsep Persekitaran Sekolah bermaklumat serta sekaligus menanam
   kesedaran Alam sekitar.
5. Menjadikan suasana pembelajaran yang pelbagai.

6. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.


4. KUMPULAN SASARAN

Semua Pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang mempelajari mata pelajaran Geografi dan Sejarah,

Ahli Persatuan Geografi dan Persatuan Sejarah,  guru-guru SMKSB , Kakitangan bukan

mengajar serta masyarakat sekitar.


Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat 

kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Warisan  Geografi / Sejarah 

dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan membantu menyampaikan pengajaran dengan lebih 

mudah. Ini secara tidak langsung akan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah 

dan mewujudkan  iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam 

bidang akademik dan pembinaan akhlak.




GAMBAR  2011 :
Sebelum dijadikan Taman Warisan


Selepas - 2012











No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/