Motivasi dalam diri ...
carilah dalam dirimu..
bila situasi seakan mencabar kekuatan hati
dan seakan melumpuhkan semangat...
Sahabat,Ada ketikanya bila kita seakan tidak memahami apa yang kita rasa..
aku kekadang takut bila rasa seperti ini tiba-tiba muncul walaupun tadi semasa bangun waktu pagi segalanya indah........
Streess ke? ye ke?... kenapa? sebab apa?........ namun Alhamdulillah aku selalu menyedarkan diri dan cuba mengawal keadaan... heraaannn kenapa kita boleh tiba2 merasa negatif, menarik diri dan terasa seperti terhimpit dilembah gelap yang sunyi tanpa teman.
Hari ini aku merasa seperti ini lagi..lalu aku pergi ke sekolah untuk mengambil buku rekod yang belum diurus untuk minggu berikutnya lantaran berada di Ipoh bersama BPK.
Bertemu dengan rakan baik, Azura yang datang ke sekolah kerana Persatuan Silat... seronok bergurau dengan along dan adik (anak Azura) rasa negatif masih ada walaupun cuba ku tutup dengan kata-kata usikan kepada sikecil adik... bersama mereka menyusun minuman kotak dalam peti ais bilik guru (boleh tahan juga jualan).
Apabila Azura turun untuk memantau anak-anak muridnya bersilat... kekosongan terasa semula... cepat2 ku sedarkan diri... tak boleh jadi ni.... motivasikan diri ... baik aku ke Sungai Buluh mencari pokok...dan Alhamdulillah... berada dikelilingi bunga-bunga dan kehijauan semua yang negatif HILANG.............
Apa yang hendak diperkatakan adalah, sebagai manusia kita perlu mencari motivasi dalam diri sendiri untuk menghadapi hari esok dan seterusnya... cuba untuk tidak mencari pelbagai alasan agar kita tidak merasa kasihan pada diri yang menyebabkan diri merasa lemah dan tidak bermotivasi. Walaupun pada hakikatnya aku sedar akan wujudnya pelbagai cabaran lain yang sedang dan akan ditempuh namun dengan kesedaran itulah aku cuba memotivasikan diri agar tetap menjadi diri ku . Ya Allah..hanya kepadaMu aku berserah...
Yessss!!!!...
Penyeri bila tension giler...
TAKUTTT....
Ada banyak yang dapat memotivasikan kita... yang penting KITAlah yang mendorong diri sendiri untuk kekal bermotivasi atau menjadi insan yang kecewa dan 'putus harapan'.
Catatan senja 6 April 2013.
Cikgu Ross
No comments:
Post a Comment