Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Thursday, October 10, 2013

Hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya

Rumput Yang Paling Cantik !!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus.

Dari: 
Berita-harian.net

http://berita-harian.net/informasi/rumput-yang-paling-cantik/




Sunday, September 15, 2013

Ketenangan di bawah teduhan pepohon ...

Ketenangan di bawah teduhan pepohon ...



Ketenangan di bawah teduhan pepohon 




Kayu Manis ....bicara santai menggamit idea


Tertarik dengan entry ini... hasil. tulisan sahabat saya...

Obsesi penduduk barat terhadap kulit kayu manis

Oleh : Julia Unggai

Bicara Santai

Selama ini kulit kayu manis hanya digunakan oleh penduduk di sekitar Asia Tenggara untuk masakan berempah. Itu yang saya tahu.
Serbuk kulit kayu manis
Serbuk kulit kayu manis
Betapa ceteknya pengetahuan saya.
Kayu manis? Ya betul. Kulit kayu manis yang menjadi salah satu rempah ratus utama dalam masakan berkari di Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Di sini, di benua Amerika, ia dikenali sebagai cinnamon. Majoriti penduduk tempatan di Amerika Syarikat taksub dengan kayu manis. Pertama kali menjejakkan kaki ke gedung membeli belah–terutama di bahagian roti, bau kayu manis yang beraroma manis, pedas dan berempah begitu menusuk hidung. Roti berbagai jenama dibungkus dengan menarik dan semuanya berbau kulit kayu manis.
Setahu saya, penggunaan serbut kulit kayu manis dalam makanan adalah normal. Ianya menjadikan kari daging berbau harum selain bertindak sebagai penambah selera. Tetapi, menjadikan serbuk kayu manis sebagai salah satu bumbu roti? Saya sukar menerimanya. Ketika itu saya sedang mencari “raisin bread” atau sebuku roti yang diadun bersama kismis. Apabila melihat kandungan yang tersenarai, saya segera meletakkannya semula ke tempat asal. Hanya kerana cinnamon tersenarai dalam adunan roti.
Roti berbau cinnamon yang menusuk hidung
Roti berbau cinnamon yang menusuk hidung
Uggh.
cinnabun
cinnabun
Di sini, tidak sah sekiranya anda tidak disuakan dengan roti, kek malah biskut yang mempunyai aroma berempah ini. Boleh di katakan semua kedai makanan segera menawarkan cinnabun yang terhasil dari gabungan “cinnamon + bun.” Jangan terkejut, orang-orang barat di AS khususnya, membakar roti dan menaburkan serbut kayu manis bersama gula kasar di atasnya sebelum menghidangkannya sebagai juadah sarapan pagi adalah perkara biasa.
Mengapa mereka begitu meminati kayu manis sehinggakan kesemua makanan mereka mesti mengandungi serbuk ini? Setelah puas marah-marah dan putus asa, akhirnya saya terpaksa menerima kenyataan.
Cokelat dan kulit kayu manis
Cokelat dan kulit kayu manis
Mereka di sini memang amat menyukai bau kulit kayu manis. Sangat-sangat menyukai aroma berempahnya hingga ke tahap obsesi. Bagi mereka, kulit kayu manis meningkatkan suhu kepanasan badan. Lebih-lebih lagi ketika musim sejuk tiba. Tambahan lagi, aroma yang dihasilkan membuatkan mereka berasa senang dan selesa. Seolah-olah aroma dari kulit kayu manis ini bertindak seperti gebar tebal yang meyelimuti badan ketika duduk santai di ruang tamu. Di atas meja pula terletak cawan berisi minuman cokelat panas dan sepotong kulit kayu manis yang separuh tenggelam seolah-olah bertindak seperti penyedut minuman.
Remaja memakan serbuk kulit kayu manis
Remaja memakan serbuk kulit kayu manis. Klik gambar untuk melihat animasi.
Untuk membuktikan betapa popularnya serbuk ini, golongan remaja telah mencetuskan satu pertandingan memakan kayu manis atau “Cinnamon Challenge.” Mereka mencabar sesama sendiri siapa yang berani memakan serbuk kulit kayu manis tanpa memuntahkannya. Khabarnya, pertandingan extrem dan tidak masuk akal ini telah meragut nyawa.
Gila.
Memang tidak dapat dinafikan majoriti penduduk barat tidak suka atau tahan memakan masakan berkari dan pedas. Lalu, mereka memilih untuk mencampurkan saja kulit kayu manis yang berbau rempah ini sebagai pengganti. Kenyataan yang dirahsiakan selama ini akhirnya terbongkar. Saya berasa lega. Tapi, ianya tidak bertahan lama.
Lilin dengan haruman kulit kayu manis
Lilin dengan haruman kulit kayu manis
Ketika memasuki pasaraya pada musim sejuk, setiap inci ruang berbau kulit kayu manis. Apabila menjelang hari natal pula, rumah mereka juga penuh dengan aroma yang sama. Apa tidaknya, lilin yang berbaris memagari rak di atas tungku diperbuat daripada parafin yang diadun bersama kulit kayu manis.
Saya akhirnya menyerah kalah.
Nota: Gambar-gambar hiasan di dalam tulisan ini bukan milik saya. Ianya dipinjam dari Internet.
http://juliaunggai.com/bicarasantai/2013/08/25/obsesi-penduduk-barat-terhadap-kulit-kayu-manis/


Tuesday, July 9, 2013

Semoga Panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah.

Selamat Harijadi Tuan Pengetua SMKSB STAR SCHOOL...

09 JULAI 2013...

Catatan dari lensa kamera guru-guru SMKSB..... beserta komen dari mereka''

Majlis Ringkas besday tn hj....


Tq untuk penganjur jamuan hari ni...Happy birthday tn haji...

Yg diraikan..




Saya beserta Cikgu Siti Saadah, Pn. Noraini , UStazah Syukriah, En. Wan Noor Azmi berada di dewan Gemilang dalam Majlis Ihya Ramadhan.






















                                                                          Cikgu Ross

Monday, July 8, 2013

Majlis Penutup Minggu PPKI SMK Sinar Bintang 2013

Setiap yang bermula pasti berakhir.... Minggu PPKI SMKSB yang begitu meriah dan ceria ... dan pagi ini ( 05 Julai 2013 - Jumaat) ditutup dengan rasminya.... berbagai aktiviti telah dijalankan..dan saya sempat mengabadikan beberapa peristiwa hari tersebut....termasuklah raptai sukan SMKSB...heeee..

Mari kita lihat dan perhatikan bersama ye.....












































































Oleh:



cikgu Ross

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/