Rumput Yang Paling Cantik !!
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih
sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?
Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan
dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa
yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang
berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan
sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING
cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat
apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik
semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun
bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh,
tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di
situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik
tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai
di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di
antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh
ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
KECUALILAH jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus.
Dari:
Berita-harian.net
No comments:
Post a Comment