
Pesan Pada Diri..
Agar menjadi .insan yang sedar...
akan rapuhnya sekitaran
akan lesunya alir kasih
akan pudarnya warna warni keriangan
Sedar bahawa mega semakin berarak...
senja akan berlabuh...
fajar sudah terlepas...
mentari dah menutup tirai serinya...
kelam malam kian menyelimuti alam...
Sedar bahawa manis senyum ada pahitnya
manja kerlingan mengandung bisa
tingkah mesra ada tersirat...
yang tersurat belum pasti terlihat..
Sedar bahawa mawar yg menguntum
belum pasti ada harumnya...
Cikgu Ross
No comments:
Post a Comment