Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.
Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai
ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan
di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa
Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala
peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin
apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian
dengan jenis darah anda.
Diet
berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D
Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan
kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin
adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.Setiap
protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah
tertentu.
Dalam
bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996
menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap
individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis
darah yang dimiliki.Menurutnya,
diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah
bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan
membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel
darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini
berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia
memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah
mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain
itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai
dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.Darah
terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'Dr.
Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet
vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang
sedikit.Ini
kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan
mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang
memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding
jenis darah lain.Keadaan
ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,
infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan
berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti
yang terbatas.Individu
dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses
penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis
organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah
terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti
yang banyak.Makanan
yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap
putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri,
kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang,
minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri
khas individu jenis darah A:·
Memiliki sistem pencernaan yang
sensitif
·
Perlu menghindari makanan yang daripada
produk susu dan daging
·
Dianjurkan menjadi vegetarian atau
mengambil makanan berkadar karbohidrat
tinggi, namun rendah lemak
·
Mengurangkan stres dengan bermeditasi,
atau berolahraga
·
Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:Sarapan: Air
putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus
anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh
herba
Snek: Kuih
beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta
tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'Berbeza
dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.Teori
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan
beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan
susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.Ciri
khas golongan darah B:·
Dianjurkan untuk melakukan diet dengan
berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
·
Disarankan mengambil makanan dan
minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
·
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah
berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
·
Untuk mengatasi stres, disarankan
memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik
golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan
serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya
magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan
yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua
produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam
kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan
buah-buahan.Manakala
makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang,
kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak
biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang
tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu,
kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak,
tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:Sarapan: Bijirin
dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus
anggur
Makan Tengahari: Sepotong
dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus
limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong
ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'Pola
makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan
darah jenis A dan B.Penyakit
yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran
pernafasan.Pengambilan
jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali
telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali
jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.Golongan
daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan
ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.Makanan
berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.Kurangkan
pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.Ciri
khas individu jenis darah AB:·
Memiliki sistem pencernaan yang
sensitif
·
Disarankan untuk mengambil makanan
dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
·
Untuk lebih bertenaga olahraga pada
setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:Sarapan: Air
limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada
ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek
keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet
dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'Dr.
Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil
makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan
ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak,
telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau
turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan
buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta
dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu
dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.Bagi
pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan
memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.Hindari
jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis
ini.Ciri
khas golongan darah O:·
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang
lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
·
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
·
Untuk mengatasi tekanan, disarankan
melakukan aerobik
·
Dianjurkan untuk mengambil makanan
berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan,
sayuran
·
Berisiko terkena radang dan kerosakan
organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:Sarapan: Dua
potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh
herba
Makan tengahari: Sepotong
daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong
kuih
Makan Malam: Sepotong
daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh
herba
Hasil
kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan
masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat
kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang
sihat.Pemakanan
sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada
masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh
menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira
jenis darah individu.
Ia
meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus
dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.
Olehr: http://www.iluvislam.com
Dikongsi oleh:
Cikgu Ross |
No comments:
Post a Comment