Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Sunday, December 23, 2012

Lanjutan Keputusan PMR SMKSB...

Assalamualaikum.....



















Terasa lama dah tak menulis...rindu pulak ...heee.
Kita nak cakap tentang apa ya.......banyaaaak sebenarnya kita boleh sembang diruang maya ini..OK..kita mulakan dengan cerita berkaitan keputusan PMR sekolah saya. SMK Sinar Bintang yang tercinta... ye lah sebagai guru di sekolah ini sememangnya kita harus mencintai sekolah kita tanpa mengurangkan sedikit pun rasa cinta dan sayang kepada sekolah-sekolah yang pernah kita bertugas sebelum ini.

Keputusan PMR 2012...menyaksikan 13 orang pelajar mendapat 13 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan 4 orang mendapat 7A dan 9 orang mendapat 8A. Tuan Pengetua SMK Sinar Bintang Tuan Hj. Che Yahya B. Hj. Che Soh turut mengulas keputusan PMR sekolah ini sebagai "Penilaian Menengah Rendah telah pun diumumkan . Semua calon sudah menerima keputusan pada hari Rabu 19 Disember,2012 di sekolah masing-masing. SMK Sinar Bintang mempunyai seramai 373 orang calon yang menduduki PMR pada tahun ini. Seramai 13orang mendapat cemerlang A , peratus lulus 63.54 dan gred purata 2.98 . Pencapaian pada tahun ini agak menurun dari segi gred purata dan kelulusan penuh (ABCD) walaupun bertambah bilangan calon yang mendapat cemerlang A. Pertambahan seorang calon  tidak mampu mengubah peratus dan GPS.Kedudukan SMKSB 67/92 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gred Purata Negeri 2.60 juga turun berbanding tahun sebelumnya 2.57. Semakin kecil GPS semakin baik ( The smallest index is the highest)." http://csyahya.blogspot.com/2012/12/keputusan-pmr-smksb-2012.html.


Selain itu ramai pelajar yang mendapat keputusan 7A - 5A yang kebanyakannya mendapat B atau C bagi subjek lain. Antara pelajar yang cemerlang adalah Yap Han Meng yang merupakan pengawas sekolah yang sangat dedikasi, komited dan bersopan-santun.

YAP HAN MENG

Semoga pelajar ini akan menjadi contoh kepada semua pelajar ke arah mencapai keputusan yang cemerlang, pembentukan sahsiah yang baik serta menjadi insan yang bukan sahaja berilmu tetapi seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani dan Intelek. Bagaimana merealisasikan semua ini? Jawapannya adalah terserah kepada bagaimana sesebuah sekolah itu menjalankan pengurusan yang menyeluruh.

SEKOLAH CEMERLANG .

Sesebuah sekolah tidak akan menjadi sebuah organisasi yang cemerlang seandainya warga yang menganggotai sekolah itu tidak 'diurus' dengan sempurna..oleh siapa? Oleh pihak pentadbir, dibantu oleh guru-guru, dikuatkan oleh kakitangan bukan akademik, dikukuhkan oleh PIBG dan seterusnya dilancarkan bersama guru, ibubapa dan para pelajar. 

Organisasi atau sekolah adalah ibarat 'Gear' yang menjadi nadi kepada sesebuah mesin.


Rantaian keseluruhan yang membentuk organisasi tidak akan berjalan lancar andai ada antara 'gear' tersebut berkarat atau tersekat. .... BERSAMBUNG..

No comments:

Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/