Cikgu Ross

My photo
'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.

CdiQ™

Monday, January 20, 2014

Teks Pengacara Majlis Graduasi SMKSB 2013

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya.



MAJLIS GRADUASI 2013

SMK SINAR BINTANG


CUE
UCAPAN

Ucapan Pembuka Majlis

Assalamualaikum w.b.t.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kadatangan tuan-tuan, puan-puan dan hadirin  sekelian ke  majlis Graduasi Dan Mohon Restu Tahun 2013 Sek. Men. Keb. Sinar Bintang.. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.  Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing.

Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan nada ’silent mode’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.

Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan akademik berlangsung nanti kerana selepas sahaja Tetamu kehormat, barisan pentadbiran dan ahli akademik mengambil tempat di pentas, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah – Maju dan Sejahtera. Harap Maklum

Perarakan Masuk diiringi Muzik gamelan
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Mengumumkan Perarakan masuk  Yang Berbahagia Dato’ Melvin Loh Kok Man, Presiden LKM Group, Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang ,En. Simon Koh,Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Sinar Bintang bersama barisan Pentadbir dan para ahli akademik yang didahului oleh PEMBAWA MOHOR RASMI GRADUASI SMK SINAR BINTANG En. Wan Noor Azmi ….. serta  pembawa bunga manggar dan bunga Pahar.
 NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN.
Hadirin dipersilakan duduk, terima kasih.




Hadirin dan hadirat Sekelian,

Untuk makluman semua, Cokmar Graduasi SMK  Sinar Bintang . Cokmar Graduasi ini  adalah sebuah cokmar yang melambangkan  warga SMKSB sebagai mana yang digelar oleh Tn. Hj. Che Yahya, sebagai  ‘Star School’  yang memburu pengetahuan secara sistematik dan tekun untuk kebaikan sejagat. Ianya merupakan simbol sebuah sekolah berbilang kaum yang bersatu padu dan disegani. Bentuk cokmar ini melambangkan sebuah institusi pendidikan yang dapat membentuk pelajar berdisiplin dan dihormati kerana penguasaan ilmunya.



Ucapan Alu-aluan Pengacara



Sidang Hadirin sekalian,

Syawal  berbilah di selang bidara
Di celah mentari  tinta serakan
Awal bismillah pembuka bicara
Di Dewan Bestari  kita raikan

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berbahagia Dato’ Melvin Loh Kok Man, Presiden LKM Group, yang juga merupakan bekas  pelajar SMK Sinar Bintang,  Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang , En. Simon Koh,Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Sinar Bintang ,
Pn Hajah Hanipah Binti Endut, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Pn Pauline Koh Choi Lan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Sulaiman Viraighuti, Penolong Kanan Ko Kurikulum
En Abd. Rahim Mohamad, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Encik Chelli, Penolong Kanan Petang,
Guru-guru Kanan, para ahli akademik ,AJK PIBG, para tetamu jemputan dan para graduan yang diraikan .

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.



Terlebih dahulu  pihak  majlis ,merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Melvin Loh Kok Man, Presiden LKM Group, yang juga merupakan bekas  pelajar SMK Sinar Bintang kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis yang bersejarah ini.  Terima kasih kami ucapkan.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di pagi ini untuk bersama-sama menyerikan Majlis Graduasi dan Mohon restu Bagi Sesi 2013  yang bakal berlangsung sebentar lagi.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk  meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan persekolahan sehingga ke ting. 5. Majlis ini juga diharapkan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar lebih bersedia dan berazam untuk melakukan yang terbaik serta mewujudkan daya saing antara mereka bagi meningkatkan prestasi akademik sekaligus mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013

Bacaan doa.


Hadirin yang dihormati sekalian

Lebah bersarang di rumpun buluh
Jatuh tertimpa si pohon nipah
Tangan menyusun jemari sepuluh
Majlis berlangsung penuh barakah

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,moleklah kiranya kita menadah tangan memohon limpah dan rahmatNya.  Untuk itu majlis dengan segala hormatnya, menjemput Encik Hidayat Mohamad  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.



Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Persilakan tuan si bijaksana

Sebelum majlis merentas masa, dengan penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Graduasi dan Mohon Restu  SMK Sinar Bintang Tahun 2013Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Ucapan dan Pengisytiharan Pembukaan Majlis
Sidang hadirin yang dihormati ,

Bunga melur di hujung dahan
Penghias seri di waktu malam
Sudilah tuan beri ucapan,
Lafaz isytihar pembuka kalam

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Melvin Loh Kok Man untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi Sekolah Bagi Sesi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas pengisytiharan Pembukaan
Kalau roboh Kota Melaka
Bawa diri ke Tanjong Jati
Majlis bermula tirai dibuka,
Acara Penganugerahan Sijil Graduasi

Hadirin yang dihormati sekalian.

Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan sesi 2013. 


Penganugerahan Sijil untuk Sidang 1


Muzik gamelan dimainkan

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi bagi graduan sidang 1, diminta para graduan bersedia.
Untuk mengumumkan nama-nama para graduan dipersilakan Guru Kelas Tingkatan 5 Intelek , 5 Harmoni dan 5 Gemilang.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan wakil Guru Kelas 5 Intelek– untuk mengumumkan nama graduan, dipersilakan

·         5 INTELEK
·         5 HARMONI
·         5 GEMILANG

Majlis dengan ini menjemput dan Yang Berusaha, En Simon Koh, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sinar Bintang  diiringi oleh Pen. Kanan Tadbir dan Kurikulum  Pn. Hanipah  untuk menyempurnakan penganugerahan sijil. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha, En Simon Koh, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sinar Bintang diatas penganugerahan  sijil  graduasi itu tadi.


Penganugerahan Sijil untuk Sidang 2

Muzik gamelandimainkan

Majlis diteruskan penganugerahan sijil graduasi bagi graduan sidang 2. Diminta para graduan bersedia.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan Guru Kelas 5 Fikrah – untuk mengumumkan nama graduan, dipersilakan

·         5 FIKRAH
·         5 EFISIEN
·         5 DINAMIK
Dengan ini majlis menjemput  Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang, diiringi oleh En Simon Koh, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sinar Bintanguntuk menyempurnakan penganugerahan sijil graduasi untuk sidang 2. Dipersilakan


PENGANUGERAHAN SIJIL SIDANG 2

Selingan 2 : Pelajar Pendidikan Khas

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seloka bukan sebarang seloka
Seloka pantun kiasan diri
Majlis kini berehat seketika
Saksikan wadah istimewa ini

Kita saksikan pula persembahan yang kedua pada hari ini. Persembahan koir
Yang akan menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gemuruh dan I Have a Dream.

                     ****** KOIR *******

Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Pasukan Koir SMKSB diatas persembahan tadi.

Penganugerahan Sijil Sidang 3

Majlis diteruskan penganugerahan sijil graduasi bagi graduan sidang 3.  Diminta para graduan bersedia.

·         Majlis dimulakan dengan mempersilakan Guru Kelas PPKI – untuk mengumumkan nama graduan, dipersilakan

·         PPKI
·         5 ARIF
·         5 BESTARI
·         5 CEMERLANG

Dan seterusnya,  majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Melvin Loh,  diiringi oleh Yang Berusaha,Tuan Hj. Che Yahya bin Hj. Che Soh dan YDP PIBG En. Simon Koh untuk  tampil kepentas bagi menyempurnakan penganugerahan sijil. Dipersilakan

Selingan 3
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Melvin Loh,  diatas penganugerahan  sijil  graduasi itu tadi.

*********

Pengisytiharan Penagguhan
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis graduasi sesi 2013, hampir melabuhkan tirainya.   Majlis dengan ini menjemput  Yang Berbahagia Datuk Melvin Loh,  untuk mengisytiharkan Penangguhan Majlis Graduasi, SMK Sinar Bintang bagi Tahun 2013 .  Dengan segala hormatnya dipersilakan.


                  ******* ucapan VVIP  untuk pengistiharaan penangguhan *********


Selepas Pengisytiharan Penangguhan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Melvin Loh diatas pengisytiharan PenangguhanMajlis Graduasi  Sek. Men Keb Sinar Bintang Tahun 2013  itu  tadi. 



Sesi bersalaman

Hadirin hadirat serta para graduan pelajar yang dikasihi,
 Sesungguhnya selain daripada ibu bapa, para guru merupakan org yang penting dalam menentukan pembentukan pelajar sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri. Maka wajarlah bagi semua pelajar memohon restu dan doa daripada semua guru sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Untuk itu, semua guru dijemput naik ke pentas untuk bersama-sama menyempurnakan acara kemuncak kita  pada hari ini .. iaitu sesi bersalam-salaman serta mohon restu pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2013 daripada semua guru SMK Sinar Bintang yang selama ini tidak pernah jemu mendidik dan membimbing mereka .
Pihak majlis mempersilakan.
                ------guru naik pentas------
Majlis memohon restu dan bersalam salam ini akan dimulai dgn pelajar-pelajar dari ting 5I. dipersilakan.  Seterusnya 5H, 5G, 5F, 5E, 5D, 5C,5B  dan akhir sekali dipersilakan para pelajar dari ting 5A.
* ingatkan pelajar perlu minta maaf, ucap terima kasih dan mohon restu drpd para guru Alhamdulilah, selesai sudah sesi memohon restu para pelajar daripada semua guru SMK Sinar Bintang. Diharapkan segala salah dan silap dimaafkan dan dilupakan, agar anak-anak didik SMK Sinar Bintang ini akan lebih yakin dan berani menghadapi peperiksaan SPM pada minggu depan.

Nyayian  lagu sekolah


Para Hadirin sekalian,
Sekarang marilah kita bersama-sama  menyayikan lagu sekolah menandakan berakhirnya  majlis Graduasi yang berprestij ini.
           
                   ****** nyayian lagu sekolah*****

Penutup

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sekolah itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Graduasi Tahun 2012  Sek. Men. Keb. Sinar Bintang.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Melvin Loh  atas kesudian hadir dan menyerikan  majlis pada hari ini.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, para ahli akademik , ahli Jawatankuasa kerja, para tetamu jemputan, para graduan yang diraikan dan para hadirin sekalian di   atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis bersejarah yang penuh gemilang ini.

Buah pedada si buah pala,
Tumbuh di taman bunga melati,
Kalau ada silap dan salah
Usah  disimpan di dalam hati, 




Cindai dipintal  bersama pandan
Indah  setawar ,susunlah  seroja
Andai  disimpan merana badan
Tak ada penawar rosaklah jiwa

Kalau menabur benih melati,
Taburlah  bersama kuntuman kemboja,
Kalau tertegur , terasa dihati,
Anggaplah  semua gurauan  saja

Terserlah gemerlap  tersirat rahsia,
Lama bercinta menyulam harapan,
Salah dan silap adat manusia,
Bersama kita bermaaf-maafan.

Susun  kenanga  bersama telipuk,
Susun didulang beralas pelikat,
Muafakat warga , persefahaman dipupuk
Kejayaan dijulang  membawa berkat

Delima,  selasih indah tersingkap
Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran  majlis lancar berjaya

Pemuda jawa, teruna saribas,
Teratak warga  bertangga seligi,
Kepada semua tahniah dan syabas,
Semoga kita bersua lagi.

Sayang kasturi di tepi kali
Subur bersama pohon kemangi
Terima kasih menghadirkan diri       
Di lain masa bersua lagi


Sekian, wabillahitaufiq walhidayah.  Wassalamualaikum w.b.t.


Sesi bergambar

Bulan purnama di balik meranti
Kembang seroja ditepian titi
Si manis berdandan rapi berseri
Si teruna segak  tidak terperi.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat tatapan di masa akan datang. Untuk itu, para VIP, semua jemputan,, guru-guru, para pelajar, ibubapa dan semua yang hadir pada hari ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi bergambar. Dipersilakan.


Perarakan Keluar

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Dato’ Melvin Loh Kok Man, Presiden LKM Group, yang juga merupakan bekas  pelajar SMK Sinar Bintang,  Yang Berusaha Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang , En. Simon Koh,Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Sinar Bintang
barisan pentadbir dan para tetamu jemputan meninggalkan majlis/dewan.

Jamuan

Pada masa yang sama,
Majlis menjemput para akademik , guru AJK Kerja dan para graduan untuk menikmati jamuan yang disediakan  di kantin sekolah. Dipersilakan. 

Oleh: Cikgu Ross





Powered By Blogger

HOW MUCH DO U CARE?

Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dor
ongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/