Cikgu Ross
Cikgu Ross
- Cikgu Ross
- 'A wife, a, mum, a friend and a teacher..'Take my hand and never let go. Be my friend and lets colour this world with friendship rainbow. Be pure..dont lie. Di sini kita wujudkan persahabatan, kita warnakan ia dengan perkongsian cerita, ilmu dan segalanya yang bisa kita jadikan panduan, pegangan serta pengajaran.
CdiQ™
Tuesday, October 14, 2014
Monday, October 13, 2014
Majlis Restu SMKSB 2014
Majlis Restu SMKSB 2014
Teks Pengacara :
MC
|
QUE
|
ANNOUNCEMENT
|
|||
ROSNAH
|
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
MAJLIS
BACAAN DOA
|
Yang Berusaha Pengetua Smk
Sinar Bintang Tn. Hj. Che Yahya Bin Hj. Che Soh.
Penolong Kanan Tadbir
dan Kurikulum Pn Masliah Binit Talib,
Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Pn Pauline Koh Choi Lan,
Penolong Kanan
Kokurikulum En. Sulaiman Viraighuti
Penolong Kanan PPKI En. Mohd.Yusof Aminurrahman ,
barisan ketua bidang, para guru,
seterusnya pelajar2 yg disayangi…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Indah suasana di langit petang,
Mega membelah angkasa raya;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pemula bicara.
Bagi memberkati majlis kita
pada hari ini , majlis menjemput En. Ahmad Badri untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
DOA
Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada En Ahmad Badri atas bacaan doa itu tadi.
|
|||
Hadirin sekelian, Majlis
Restu ini dianjurkan setiap tahun adalah
untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada para pelajar untuk memohon restu
daripada para guru yang telah memberikan ilmu kepada mereka selama ini , agar
minggu hadapan pada masa pelajar menghadapi pepepriksaan PT3, mereka akan
dapat menghadapinya dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan peperiksaan
sebaik mungkin bagi menempatkan pelajar di kelas yang terbaik untuk
pelajar.
Jasa guru tidak dapat
dinilai dengan wang ringgit. SMKSB mempunyai Guru-guru yang benar-benar dedikasi dan
bertanggungjawab dan sentiasa berusaha
memperturunkan ilmu kepada murid-muridnya tanpa kenal erti penat lelah
contohnya Pn Lee – kelas tambahan,
guru2 matematik dan sains, guru2 BM ,
BI dan KH.
|
|||||
Terbang melayang burung
jentayu,
Jatuh tertimpa pohon selasih;
Tampillah sayang kami
menyeru,
Bersama ucapan pengikat kasih
UCAPAN WAKIL PELAJAR
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis pada pagi ini
diteruskan dengan ucapan daripada
wakil pelajar. Untuk itu, majlis mempersilakan
tampil ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
******** ucapan wakil
pelajar******
Pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
di atas ucapan sebentar tadi.
|
|||||
UCAPAN PENGETUA
|
Sebelum majlis merentas masa,
dengan penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj.
Che Yahya Bin Hj. Che Soh , Pengetua SMK Sinar Bintang,
untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis
Restu Tingkatan 3 SMK Sinar Bintang 2014
Dipersilakan.
UCAPAN
PENGETUA
Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih di atas ucapan Tuan Pengetua sebentar tadi.
|
||||
Seterusnya pelajar bersalaman
dengan para guru untuk memohon restu daripada guru-guru.
|
|||||
Wednesday, October 1, 2014
Pesan pada diri

Pesan Pada Diri..
Agar menjadi .insan yang sedar...
akan rapuhnya sekitaran
akan lesunya alir kasih
akan pudarnya warna warni keriangan
Sedar bahawa mega semakin berarak...
senja akan berlabuh...
fajar sudah terlepas...
mentari dah menutup tirai serinya...
kelam malam kian menyelimuti alam...
Sedar bahawa manis senyum ada pahitnya
manja kerlingan mengandung bisa
tingkah mesra ada tersirat...
yang tersurat belum pasti terlihat..
Sedar bahawa mawar yg menguntum
belum pasti ada harumnya...
Cikgu Ross
Tuesday, September 30, 2014
Bila hati berbicara
Bila hati berbicara
Bila hati berbicara..
diri terasa kerdil ..
kemelut terasa menerjah dinding kesabaran
semakin tipis rasa hormat
semakin membungkam rasa ...terpendam
Akan meletuskah sebuah bicara
bila tipis dan retak menjadi belah yang bernanah?
Semakin terasa akan hilangnya rasional
hilangnya kematangan dibawa mega senja
kemelut merona buana...
Akan pudarkah rasa ..
bila jemu berkunjung dek tingkah ..
muak dek limpahan kasih..
cuak dek tiupan debu sesekali
alpa dek pujian tak terperi
semakin hati berbicara
gersang terasa ditengah kehijauan yang indah
berbicara dan terus berbicara
yang tidak keruan angkara
Aku tidak heran
bila suatu hari hati hati yang penuh kasih
akan gersang, kering dan kontang
mata yang memandang hanya sekadar memandang
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOW MUCH DO U CARE?
Dalam kehidupan, manusia terkadang mudah mengeluh dan menyerah pada keadaan. Tapi dengan dorongan orang-orang yang kita cintai disekitar kita, semangat kita akan bangkit kembali dan meraih kemenangan.
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya
. sumber: http://katamutiara.net/
Tambahan:Jadi, jika Anda sedang down maka gunakanlah teman dan mintalah orang-orang dekat untuk memberi motivasi dan dorongan kepada Anda. Sebaliknya jika Anda merasakan teman atau orang dekat Anda sedang mengalami hal itu, maka pastikan Anda memberikan suatu kontribusi. Kontribusi banyak sekali bentuknya termasuk memotivasi dan mendorong mereka untuk bangkit adalah kontribusi yang luar biasa harganya














































































